Pertandingan Anjing Paling Hodoh Di Dunia Kali Ke-25 | Anjing Berkepala Besar Dan Mempunyai Kaki Seperti Itik

Pertandingan Anjing Paling Hodoh Di Dunia Kali Ke-25 | Anjing Berkepala Besar Dan Mempunyai Kaki Seperti Itik | - PETALUMA, California : Seekor anjing berkepala besar dan mempunyai kaki seperti itik dinobatkan sebagai pemenang pertandingan anjing paling hodoh di dunia kali ke-25 yang diadakan Jumaat lalu.

Pertandingan Anjing Paling Hodoh Di Dunia

Diberi nama Walle (WAHL-ee), anjing baka eagle-Bassett berusia empat tahun dari Chico, California itu berjaya mengalahkan kira-kira 30 ekor anjing yang lain.

“Anjing ini nampaknya seperti telah dicantum daripada beberapa jenis anjing dan binatang lain menggunakan perisian fotoshop,” kata seorang juri, Brian Sobel.

Pertandingan yang diadakan di Sonoma-Marin Fairgrounds itu mendapat perhatian meluas media dari seluruh dunia yang sanggup datang ke sini.

Pemilik Walle, Tammie Barbee memberitahu, dia mendapat anjing itu ketika ia berumur tiga tahun.
“Orang kata anjing saya tidak betul tetapi saya sayangkannya,” kata Barbee.

Para juri ternyata kagum dengan cara Walle berjalan yang dianggap pelik.
Sebagai juara, Walle membawa pulang wang tunai berjumlah AS$1,500 (RM4,804). Ia juga bakal muncul dalam beberapa rancangan televisyen seperti Today di saluran NBC dan Jimmy Kimmel Live (ABC).

Menurut penganjur, anjing-anjing itu dinilai dari segi kehodohan semula jadi berdasarkan kepada baka dan tahap kebodohannya. – AP

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

paripariputih said...

Mujurla tak de pertandingan manusia paling huduh... buat muka duck face... eh huduh la jugak tu kan?? ekekekek kbai :P

HASRUL HASSAN said...

As-Salam. Boleh pula ada pertandingan camni ehh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.