Remy Ishak Tayang Badan Gagah Dan Sasa

Remy Ishak Tayang Badan Gagah Dan Sasa - Fenomena bina badan di kalangan selebriti terutamanya artis lelaki seakan-akan menjadi trend masa kini.
 Remy Ishak Berbadan Sasa | Gambar

Antara artis Malaysia yang mempunyai tubuh badan sasa dan menarik ialah Norman Hakim, Aqasha dan Sabhi Sadhi.

Ini berikutan tuntutan watak yang memerlukan mereka tampil gagah dan sasa sesuai dengan karakter yang bakal dilakonkan.

Pelakon kacak yang memang tidak perlu dipertikaikan bakatnya, Remy Ishak juga di antara artis yang gemar berkunjung ke gimnasium untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik dan kekar sesuai dengan gelaran selebritinya.

Remy sempat berkongsi gambar lamanya dengan badan ’6 pack’ semasa menjayakan penggambaran filem Bravo 5 tahun lalu.

Kali ini, Remy juga bakal tampil dengan badan sasa sebegitu untuk menjayakan wataknya dalam filem terbaru berjudul Jiwa yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi. – MyNewsHub


Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.