Rosmah Wanita paling berkuasa di Malaysia | Dimuatkan di The Star

Rosmah dinobat wanita paling berkuasa di Malaysia Di Akhbar The Star | Bagi aku akhbar tu salah, Rosmah merupakan orang yang paling berkuasa di Malaysia..hehe. Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menggungguli senarai "10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia" yang dimuatkan di the Star hari ini.

Gambar Rosmah Mansor Yang Cun

Dalam senarai yang tidak dinyatakan dikeluarkan oleh pihak mana itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhbar Aziz mengikuti rapat di tempat kedua.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat turut termasuk dalam senarai itu, iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kedudukan kelima), anggota Parlimen Subang Jaya Hannah Yeoh (keenam) dan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (ketujuh).

Senarai Wanita Yang Paling Berkuasa Di Malaysia


Muncul di halaman 5 akhbar milik MCA itu, senarai itu yang disiarkan penuh satu muka, tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia berbentuk advertorial atau sebahagian daripada kandungan redaksi.

Menurut keterangannya, senarai itu dipilih daripada 1,000 calon merangkumi tujuh kategori iaitu kekayaan, perniagaan, gaya hidup, NGO dan kesukarelaan, politik serta teknologi.

"Untuk menentukan kedudukan antara setiap kategori, dan kedudukan keseluruhan dalam senarai 10 teratas, kami menggunakan tiga kayu ukur: wang, kemunculan di media dan impaknya," menurut keterangannya. - Malaysiakini

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Mawardi Yunus said...

hebat dio..

Mawardi Yunus said...

Megoh dio dok atas skali ter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.