Rumah Khairy Jamaluddin Dan Ibunya Dirompak | Jenayah Di Malaysia Begitu Membimbangkan

Rumah Khairy Jamaluddin Dan Ibunya Dirompak | Jenayah Di Malaysia Begitu Membimbangkan | SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
Dalam Banyak2 Menteri Nie Aku Paling Respek

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.

“Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

"Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan  di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

“Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera,” tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM  (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.- Sinar Harian

P/S: Sejak dari dulu lagi blog waa ( Ayat Madi ) asyik main isu jenayah dan rogol kt Malaysia, bukannya apa waa nak bgthu jenayah kt Malaysia nie dah teruk dan begitu membimbangkan. KJ pun satu dah kena kat kepala sendiri baru nak sedar, Alhamdulillah lah ada jugak kesedaran..Kepada yang masih dalam keadaan x sedar tu kembalilah kepangkal jalan..

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.