Seorang Pelajar Sekolah Menengah Menemui Kepala Tikus Dalam Hidangan Nasi Gorengnya

Kepala Tikus Dalam Nasi Goreng - Rui’an (China) : Seorang pelajar sekolah menengah menemui kepala tikus dalam hidangan nasi gorengnya ketika sarapan di kantin sekolah kelmarin.

Nasi Goreng Pengotor

Penemuan itu menjadi sensasi apabila foto kepala haiwan itu dimuat naik di laman blog mikro Weibo.
Kebanyakan pengguna Internet negara itu menyatakan rasa terkejut ekoran penemuan menjijikkan itu.

Dikatakan kepala tikus itu sebesar saiz jari kelingking orang dewasa.
Pengetua Sekolah Menengah Rui Xiang, Weng Heng Xuan memberitahu Beijing Times apabila pihak berkuasa datang untuk melakukan pemeriksaan di sekolah itu pada 7 Mei lalu, mereka menemui rahang daripada seekor tikus bersaiz besar yang kelihatan seperti sudah dipanggang.

Pihak berkuasa telah merampas sejumlah cendawan kering dan nasi pulut dari sekolah itu untuk siasatan lanjut.

Pegawai keselamatan makanan memberitahu wartawan kepala tikus itu ditemui bersama cendawan kering yang dipesan kantin sekolah daripada pembekal. Dia juga memberitahu menemui tulang dalam bungkusan cendawan kering, tetapi tidak dapat memastikan jenis haiwan berkenaan. – AsiaOne

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

paripariputih said...

Erkkkkk .... tak lalu den.. tapi kan.. dekat China mmg klw masakan dicampur dgn deer bermakna di campur dgn daging tikus deer = tikus :P so careful

Mawardi Yunus said...

Keciknya. Tikus jenis gapo tu

kurosagi said...

itulah, makan tak baca bismillah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.