Taktik Guna Pelacur Siam Untuk Lariskan Kedai Makan

Taktik Guna Pelacur Siam Untuk Lariskan Kedai Makan | JOHOR BAHRU : Seorang bapa ayam yang ligat menawarkan khidmat seks wanita warga asing di sebuah restoran makanan laut di Jalan Meldrum di sini diberkas bersama tujuh pelacur dalam serbuan malam kelmarin.

restoran pelacur
gambar hiasan
 Dalam operasi yang diketuai Timbalan Pengarah Imigresen Johor, Khairul Anuar Abu Bakar pada pukul 11.30 malam itu, beberapa pegawai imigresen terlebih dahulu menyamar sebagai pelanggan sebelum berjaya menahan suspek yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan restoran.

Khairul Anuar berkata, modus operandi bapa ayam warga tempatan itu ialah menawarkan pelacur asing dengan bayaran RM150 termasuk sewa bilik di tingkat atas restoran tersebut.

“Bapa ayam itu yang tidak sedar dirinya diperangkap ditahan bersama tujuh pelacur yang ditawarkan kepada pegawai kami yang menyamar sebagai pelanggan,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam. – Kosmo

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

boni kacak said...

wah.. macam-macam cara cari duit sekarang ni.. sampai dah tak hirau halal haram... dunia dunia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.