Terkini Di Syria | Rakyat Malaysia WAJIB bersama Kebangkitan Rakyat Syria ( Syeikh Dr Yusuf Qardhawi )

Terkini Di Syria | Rakyat Malaysia WAJIB bersama Kebangkitan Rakyat Syria ( Syeikh Dr Yusuf Qardhawi) | Dengan pendirian yang amat jelas Syeikh Dr Yusuf Qardhawi terhadap Iran dan Hizbullah yang berkait juga dengan masalah hubungan Sunni-Syiah, maka sudah tibalah umat Islam di negara ini khususnya menentukan sikap tanpa ragu-ragu lagi untuk menyokong rakyat Syria dalam perjuangan mereka memerdekakan tanah air mereka dan menyelamatkan diri dan keluarga mereka dari regim Basyar Assad yang zalim

Saya perturunkan kembali fatwa yang diputuskan oleh Muktamar Syria anjuran al-Ittihad al-Alami Lil Ulama al-Muslimin (The International Association of Muslim Scholars) yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi) dan Rabitah Ulama Suriyiin (Syria) dari 1 - 3 Julai 2012 di Istanbul, Turki .

1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.

2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim.

3) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.

4) Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria.

5) Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di dalam medan jihad, maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga mengingatkan kepada Tentera Pembebasan Syria agar berjihad tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara bukan kerana lain

via Dr. Hafidzi Mohd Noor


P/S : 14 Haribulan bersama-sama ke kedutaan Syria kita pakat demo ramai-ramai k...

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.