Terkini Gambar dan Video | Sebahagian jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh 3 Cedera

Terkini Gambar dan Video | Sebahagian jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh | Alamak runtuh lagi, kalau kat negara Nepal Menteri yang berkenaan 24 jam letak jawatanlah, Negaraku ku selagi x maut dan diterajang parti sampai Kiamat nak jadi Menteri, kejadian runtuh ini bukan perkara baru di Malaysia bermula di Terengganu aish sampai ke hari ini tidak tahu siapa punya angkara..Lepas nie aku harap kerajaan buat pemeriksaan dan siasatan terbuka  kerana rakyat mahu mengetahui sapa punya angkara, ini duit rakyat bukan duit mak bapak depa....

Time nak bina semua mengaku Projek ini kami yang punya, bila dah kebabooom orang lain lak yang dipersalahkan, jika betullah kerajaan Pulau Pinang punya jambatan, duit TOl tu bagilah kt Kerajaaan Pulau Pinang, x leh nak fikir keerrr..hehe..

Tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town malam ini.

Dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39. Mereka menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil.
 
 Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar memaklumkan pemberita kedua-dua mangsa dikatakan sedang bekerja di tapak binaan ketika kejadian pada kira-kira 7.15 malam.

Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, Thilasheni Rajendran, 24, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.

Ketika kejadian, Thilasheni sedang memandu dan beliau sempat memberhentikan kenderaannya pada jarak kira-kira dua meter dari lokasi kejadian.
Rakannya, Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada dalam kereta sama bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Abdul Rahim berkata lebih 300 anggota bomba dan polis sedang mengesan mangsa dalam sebuah lagi kenderaan yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan itu.

Beliau berkata polis juga kesal dengan laporan berita portal yang mendakwa kononnya empat disahkan maut.

"Setakat ini, cuma tiga yang cedera, media diminta membuat laporan yang betul dan sah.

"Pasukan penyelamat sedang berusaha mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu, dan keadaan mangsa masih belum diketahui," katanya.

Beliau berkata pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan perkhidmatan kren yang lebih berat apabila kren syarikat pembinaan itu gagal mengangkat tanjakan konkrit yang runtuh.

Abdul Rahim berkata kerja-kerja pembinaan akan dihentikan buat sementara bagi membolehkan siasatan punca kejadian manakala jalan masuk-keluar ke kawasan itu juga ditutup untuk semua kenderaan.

Sementara itu, jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung dan puncanya masih disiasat.

Projek pembinaan jalan susur keluar jambatan itu diurus kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd dan JKSB akan mengeluarkan kenyataan rasminya esok.

Sumber: Bernama





 

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim said...

Sila baca tulisan saya dari sudut kejuruteraan awam dalam, “Teori runtuhnya jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang”.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/teori-runtuhnya-jalan-penyambung-susur.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.