Terkini Kejadian RIbut Yang Berlaku Di Pulau Pulau Pinang | Antena menara tercabut, 9 cedera ( Gambar )

Kejadian RIbut Yang Berlaku Di Pulau Pulau Pinang | Antena menara tercabut, 9 cedera 
( Gambar ) | GEORGETOWN -  Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.




Terkini | gambar ribut yang berlaku di pulau pinang
Terkini | gambar ribut yang berlaku di pulau pinang



Terkini | gambar ribut yang berlaku di pulau pinang

Terkini | gambar ribut yang berlaku di pulau pinang

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.
“Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Beliau berkata, agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat,” katanya. Sinar


Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.