Terkini Kes Husam Musa | Direman 2 Hari Seluruh Ahli Keluarga Dilarang Berjumpa Termasuk Menteri Besar Kelantan

Husam Musa Direman 2 Hari Seluruh Ahli Keluarga Dilarang Berjumpa Termasuk Menteri Besar Kelantan |  Ditahan Di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan | KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa direman selama dua hari selepas ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Kuala Lumpur petang semalam.

Gambar Penahanan Dato Husam Musa
 Di Tahan
Gambar Penahanan Dato Husam Musa
 Menjadi Imam Solat Kepada Anggota Polis Yang Bertugas

Gambar Penahanan Dato Husam Musa
Menteri Besar Kelantan Tiba Di balai Dan Tidak Dibenarkan Berjumpa

Majistret Nik Ambri Mohamad membuat keputusan itu pada permohonan reman dikemukakan polis di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini.

Peguam Hisham Fauzi yang mewakili Husam berkata, pada awalnya pihak polis memohon tahanan reman sehingga empat hari tetapi Husam Musa Hanya di benarkan direman selama 2 hari sahaja.

“Namun kami pasukan peguam membantah dengan alasan Husam ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, di mana akta itu mensyarat sama ada perkataan yang diucap termasuk dalam kategori menghasut atau tidak dan tidak logik untuk direman.

“Lagi pun polis sudah mendapat rakaman ucapan dan boleh buat keputusan sama ada menghasut atau tidak. Kalau menghasut polis boleh buat pertuduhan di mahkamah dan jika tidak hendaklah bebaskan segera,” katanya kepada pemberita di luar IPD.

Hisham bersama empat lagi peguam mengendalikan kes tersebut bagi pihak Husam yang juga Adun Salor.

Menurutnya tidak timbul keperluan polis menahan lebih lama Husam dan tidak memerlukan kehadirannya lebih lama di lokap IPD.

Malah keterangan saksi-saksi lain yang diperlukan boleh dilakukan tanpa perlu Husam berada di lokap.

“Tidak perlu menahan lebih lama. Mahkamah arah bebas esok sebelum jam 12 malam,” ujarnya.

Menurutnya juga permohonan reman dibuat polis kepada mahkamah negeri Kelantan bagi mengadakan mahkamah tertutup di IPD.

Sedangkan kata Hisham, Naib Presiden PAS, Husam Musa  bersedia untuk hadir ke mahkamah bagi permohonan reman tersebut.

“Sepatutnya didengarkan di mahkamah majistret. Kalau polis hendak sambung reman mereka kena buat permohonan lagi kepada mahkamah.

“Jadi siasatan perlu diselesaikan hari ini dan esok. Malam ini Husam Musa akan bermalam di lokap,” katanya.

Hisham yang juga Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan turut melahirkan rasa kesal terhadap polis Kelantan kerana tidak membenarkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob datang melawat Husam di IPD.

Menurutnya, polis perlu sedar Husam Musa merupakan Naib Presiden PAS dan seorang Yang Berhormat mewakili rakyat Kelantan dan bukannya rakyat biasa.

“Sepatutnya polis benarkan MB datang menziarahi Husam Musa di lokap IPD. Kami peguam meluah rasa kesal kerna polis enggan membenarkan MB atau mana-mana Exco menziarahi Husam Musa di lokap, tanpa sebarang alasan.

“Kami amat kesali. Sepatutnya tidak dilakukan polis. Ini menggambarkan mereka tidak menghormati kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.

“Saya berharap polis segera mengubah keputusan itu dan membenarkan MB hadir menziarahi Husam Musa. Negeri ini ada ketua dan sepatutnya MB dibenarkan menziarahi mana-mana Adun yang ditahan,” ujarnya.

Kata beliau polis bersikap tidak profesional dan memberi imej yang buruk dalam sebuah negara demokrasi.- Harakah Daily

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.