Terpaksa Guna Bulu Kaki Tiruan Elak Gangguan Seksual | Dunia Akhir Zaman

Terpaksa Guna Bulu Kaki Tiruan Elak Gangguan Seksual | Dunia Akhir Zaman - London : Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali.

Bulu Kaki Tiruan Elak Gangguan Seksual

 Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu.

Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli.

Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi.

Satu daripada komen pelajar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.

“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu.

“Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010.

Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan. – Daily Mail.

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Mawardi Yunus said...

adeh adeh bulu kaki tiruan pun ado.. adoyai

paripariputih said...

lol memang x le bla.. tapi satu idea yg menarik.. unless perogol tu bisexual... kbai :P

fyna said...

errrr.. macam-macam sekarang nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.