TV kabel digital pertama dilancar | Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) Melancarkan Televisyen Dan Internet Di bawah Jenama ABNxcess, Hari ini

TV kabel digital pertama dilancar |  Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) Melancarkan Televisyen Dan Internet Di bawah Jenama ABNxcess, Hari ini | Pakej yang menarik telah ditawarkan kepada pelanggan dan akan menjadi pesaing kepada Astro yang sudah lama memonopoli perniagaan ini di Malaysia, aku tengok pakej ini lebih sesuai dan lebih jimat jika dibandingkan dengan Astro yang aku langgan sekarang. Kalau ok pakej ini, aku pun teringin nak tukar...

PUCHONG - Pengendali siaran kabel TV digital pertama di Malaysia, Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) melancarkan televisyen dan internet di bawah jenama ABNxcess, hari ini.
ABNxcess menawarkan pakej menarik yang boleh didapati dengan harga RM 158.99 sebulan untuk TV dan capaian Internet.

Terdapat lebih 50 siaran TV seluruh dunia, 10 siaran berdefinisi tinggi (HD) tanpa caj tambahan, lapan 'free to air' siaran TV tempatan dan tujuh siaran radio.

Antara siaran TV antarabangsa yang terdapat dalam pakej ABNxcess adalah News Asia, Aljazeera dan Trace TV.

Menjanjikan siaran berterusan meskipun dalam cuaca hujan, ABNxcess menggunakan kabel gentian optik bukan satelit.

Sementara itu, ABN sudah mempunyai empat lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan servis video, data dan suara di Malaysia.

Malah, ABN sedang membina rangkaian sambungan terakhir dengan menggunakan Coaxial Serat Hibrid (HFC) Network atau lebih dikenali sebagai kabel rangkaian.

ABNxcess sudah membuka pendaftaran untuk Pay TV dan pemasangan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di kawasan Pelabuhan Klang dan Johor Bahru.

Dalam tempoh lima tahun, ABN merancang untuk meluaskan rangkaian ke seluruh negara.
Sumber: Sinar Harian

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Carlos Santiago said...

kalau internet mcm harem... boleh lupakan jela.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.