Undang-Undang Di India | Enggan Mengotakan Janji Mengahwini Wanita Yang Disetubuhi Juga Dianggap Rogol!!!

Enggan Mengotakan Janji Mengahwini Wanita Yang Disetubuhi Juga Dianggap Rogol!!! | DELHI : Perbuatan menjalin hubungan seks dengan seorang wanita adalah rogol jika lelaki yang berjanji untuk berkahwin dengan wanita itu tidak mengotakan janji, kata hakim mahkamah tinggi di sini.
Gadis India Dirogol
“Menjalin hubungan seks dengan wanita tanpa kerelaan atau keizinannya juga ditakrif sebagai rogol. Jika kebenaran diberi, ia masih rogol jika ia berdasarkan janji palsu,” kata hakim R V Easwar.

Mahkamah membuat keputusan itu ketika menolak ikat jamin kepada Abhishek Jain selepas defendan dituduh isteri menjalin hubungan seks sebelum kahwin selepas dia berjanji akan mengahwininya.

Dalam aduannya, wanita itu mendedahkan Abhishek hanya berkahwin dengannya selepas dia membuat aduan kepada polis.

“Sebaik saja berkahwin, defendan selalu mendera plaintif dengan niat wanita itu akan meninggalkannya tetapi dia terpaksa mohon ikat jamin selepas wanita itu membuat aduan,” kata mahkamah.

Wanita itu membuat aduan pada Februari 2013 di balai polis Rani Bagh dengan menuduh defendan merogolnya selepas berbohong akan mengahwininya.

Bagaimanapun, defendan dan plaintif kemudian berkahwin pada 4 Mac lalu dengan dokumen perkahwinan dilakukan oleh Pendaftar Perkahwinan di Ghaziabad, lapor akhbar Indian Express. – AGENSI

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

paripariputih said...

Memang itu yg terbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.