Warga Emas Berkecai Kepala Digilis Bas Ekspres | Kemalangan Ngeri

Warga Emas Berkecai Kepala Digilis Bas Ekspres | Kemalangan Ngeri - SEREMBAN : Seorang lelaki warga emas mati dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya berkecai akibat digilis bas ekspres dalam kejadian kemalangan di Jalan Sungai Ujong, berhampiran sebuah hospital pakar di sini, hari ini.

kepala berkecai di gilis bas express

 Mangsa, Khoo Eng Koi@Chiou Yeong Chi, 79, yang menunggang motosikal Honda EX5, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Jalan S2 A34, Central Park Seremban 2, menghala ke pusat bandar untuk satu urusan sebelum terbabit kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu.

Jurucakap polis berkata, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan motosikalnya bergesel dengan bas ekspress terbabit lalu terjatuh.

Katanya, mangsa kemudian digilis tayar belakang bas ekspress berkenaan yang tidak sempat mengelak menyebabkan kepalanya pecah dan hancur.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala yang hancur selepas digeles tayar belakang bas ekspres,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987. – Metro


Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.