“Aku tertekan kejar akhirat.” itu alasan seorang wanita yang ditangkap Majlis Agama Apabila Ditangkap Dan Enggan Memakai Pakaian [Bertelanjang]

“Aku tertekan kejar akhirat.” itu alasan seorang wanita yang ditangkap Majlis Agama Apabila Ditangkap Dan Enggan Memakai Pakaian [Bertelanjang] | “Aku tertekan kejar akhirat.” Itu antara contengan pada sehelai kertas ditulis seorang wanita yang enggan menutup tubuh bogelnya ketika bilik hotel didiaminya diserbu dalam operasi mencegah maksiat di Batu Pahat awal pagi semalam. 
 
“Aku tertekan kejar akhirat.” itu alasan seorang wanita yang ditangkap Majlis Agama Apabila Ditangkap Dan Enggan Memakai Pakaian [Bertelanjang].jpg
gambar Hiasan
 
Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah berulang kali mengarahkan wanita tempatan tersebut memakai tuala namun tidak diendahkan, malah dia membiarkan sahaja tubuhnya diperhati tanpa segan silu.

Wanita berusia 26 tahun itu disyaki berdua-duaan berdasarkan penemuan kondom dalam bilik tersebut tetapi pasangannya dipercayai melarikan diri menerusi tingkap selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd. Sopah berkata, setelah pintu diketuk, pihaknya menunggu agak lama sebelum ia dibuka dan terkejut melihat keadaan perempuan itu yang tidak mengenakan sebarang pakaian.

“Melihat keadaan perempuan itu, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap namun dia berlagak selamba dan langsung tidak mengendahkan arahan,” katanya.

Menurut Saiful Ariffin, perempuan itu akhirnya `mengalah’ untuk berpakaian lengkap setelah diberikan tuala oleh anggota wanita yang bertugas, namun dia masih berkeras menyatakan hanya berseorangan dalam bilik itu walaupun sekotak kondom ditemui di situ.

Katanya, perempuan itu kemudian mendakwa dia sebagai anak yatim piatu dan mula menangis serta meracau sebelum ditenangkan secara kaunseling.- Metro

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Anonymous said...

Tajuk berita kena ubah..Bukan tertekan kejar akhirat...tertekan nak kejar dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.