Allahuakbar!! Ismail Haniyeh Turut Membantah Tentera Merampas Kuasa Dari Morsi | Siapakah dia Ismail Haniyeh ?

Allahuakbar!! Ismail Haniyeh Turut Membantah Tentera Merampas Kuasa Dari Morsi | Siapakah dia Ismail Haniyeh ? | Sokongan terhadap Dr Morsi semakin hebat, seluruh pengikut Ikhwan seluruh dunia bangkit dan bersatu atas nama Islam dan ikatan Ukhuwah begitu kukuh. Alhamdulillah disebalik kejadian ini Allah telah memperlihatkan golongan Hak dan Batil. Dulu kita tidak mengenal siapa itu Syiah dan sekularisme yang telah lama menipu Umat Islam sekarang Allah telah memperlihatkan segala-galanya. Apa yang menyedihkan aku dalam perkara ini adalah Negara-negara OIC membisu termasuklah negara Malaysia sendiri dan menggelarkan Dr Morsi sebagai diktator..Semoga Allah memberi kemenangan kepada Islam khususnya di Syria dan Mesir...Allahuakbar!!!!

Allahuakbar!! Ismail Haniyeh Turut Membantah Tentera Merampas Kuasa Dari Morsi | Siapakah dia Ismail Haniyeh ?


Siapa Ismail Haniyeh?

Tahun lahir  : 1962

Tempat lahir :Kem Perlarian Shati,Gaza

Jawatan : Perdana Menteri Palestin

Memegang jawatan sebagai perdana menteri palestin pada 21 Februari 2006, selepas pilihanraya yang diadakan pada bulan Januari yang memberikan beliau kemenangan besar di dalam kerusi parlimen.Beliau terlibat di dalam arena politik semenjak beliau menjadi pelajar di Universiti Islam Gaza pada tahun 1980.Tambahan pula selepas menerima ijazah di dalam Bahasa arab,beliau semakin aktif di dalam gerakan islam,beliau melibatkan diri dalam salah satu cawangan Ikhwanul Muslimin yang di kenali sebagai HAMAS(Harakat al-Muqawwamah al-Islamiyyah).HAMAS adalah satu gerakan yang berideologi islam,gerakan  ini telah melancarkan serangan terhadap Israel sejak tahun 1987.

gambar Ismail Haniyeh

Pada tahun 1987 dan 1988,beliau telah ditahan dan dihantar ke selatan Lebanon atas sebab melancarkan protest militant ke atas Israel.Pada tahun 1993,beliau kembali ke Gaza dan menjadi dekan di Universiti Islam Gaza,pada masa yang sama gerakan HAMAS semakin mendapat sokongan  daripada rakyat  Palestin. Pada tahun 2001 dia telah menjadi salah satu pemimpin tertinggi politik dalam gerakan HAMAS. Walaupun HAMAS dikatakan sebagai satu gerakan radikal oleh pihak berkuasa kerajaan Palestin, Ismail Haniya mendapat reputasi sebagai salah seorang ahli-ahlinya yang lebih sederhana dalam gerakan HAMAS. Sebagai perdana menteri, beliau berkhidmat dengan Presiden Mahmoud Abbas daripada parti Fatah, sehingga keganasan yang meletus di Gaza pada tahun 2007 membawa kepada Abbas membubarkan kerajaan dan “memecat” Ismail Haniya. Walaubagaimanapun, beliau berikrar untuk tetap menjalankan tugas yang diberikan. Pada Jun 2007, Presiden Mahmoud Abbas melantik bekas menteri kewangan, Salam Fayyad sebagai Perdana Menteri.

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.