Alvin Dan Vivian Blogger Seks Menyatakan Bahawa Isu Makan ‘bak kut teh’ [Sup BABI] Untuk Berbuka Puasa Adalah Hanya Untuk Melawak

Alvin Dan Vivian Blogger Seks Menyatakan Bahawa Isu Makan ‘bak kut teh’ [Sup BABI] Untuk Berbuka Puasa Adalah Hanya Untuk Melawak | Ini lah makhluk yang tidak pernah belajar untuk menghormati agama Islam, bukan dia nak mintak maaf pun. Bila ditanya wartawan Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, “belum lagi…. Alvin dan vivian telah banyak memuatkan adegan seks mereka di dalam blog .
 
Semoga pihak berwajib yang mengaku begitu prihatin terhadap kesucian Islam dan penganutnya, sila ambil tindakan tegas. Semoga menjadi pengajaran dan peringatan kepada mereka selepas daripada ini.
 
” Saya Hanya Nak Buat Kelakar,” Kata Alvin Tan - PETALING JAYA : Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar ‘Selamat Berbuka Puasa’ di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis.
 
gambar Alvin Tan dan Vivian Lee
 
Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan ‘bak kut teh’ yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.

Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. “Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa.”

Bagaimanapun, posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum. 
 
gambar Alvin Tan dan Vivian Lee Makan Babi
 
Seorang pelawat memberi ulasan: “Anda bebas membuat apa jua posting yang anda ingin muat naik. Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan. Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda benar-benar melampau.”

Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei.

Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, “belum lagi…”

“Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami.

“Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini,” katanya dalam satu perbualan telefon bersama The Star Online.

Bagi dia, oleh kerana sambutan yang tidak menggalakkan menunjukkan ‘orang tidak nampak unsur humor yang cuba ditonjolkan, kebanyakan orang marah dan kecewa dalam isu ini’.

Ditanya sama ada dia akan memadamkan posting berkenaan, Tan berkata dia mugkin akan berbuat demikian namun pada ketika ini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook masing-masing.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 140 penggunan akaun Facebook telah berkongsi posting berkenaan. – Mstar.com.my

Artikel Menarik Lainnya



5 comments:

boni kacak said...

bagus.. teruskanlah mencabar kesabaran umat Islam kat Malaysia ni

An Nur said...

Bagi aku dia layak di seksa dan di bunuh!kaum yang masih tidak sedar,di mana bumi dipijak??baik ko mati ditangan orang islam

An Nur said...

Baik ko mati ditangan org islam! Baik ko pikir dr mana kaum ko dtg,yang babi nye ko,nk gurau jumpe depan2 org islam,

An Nur said...

Bagi aku dia layak di seksa dan di bunuh!kaum yang masih tidak sedar,di mana bumi dipijak??baik ko mati ditangan orang islam

Anonymous said...

org kate..you are what u eat..so jgn sume bende nk makan..nanti jadiklah perangai samaah mcm ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.