Bahana terlibat dengan kumpulan gengster dan dadah, seorang lelaki menemui ajal yang dahsyat apabila ditembak sebanyak sembilan kali di kepala dan badannya [GAMBAR]

Bahana terlibat dengan kumpulan gengster dan dadah, seorang lelaki menemui ajal yang dahsyat apabila ditembak sebanyak sembilan kali di kepala dan badannya [GAMBAR] | Setiap hari jenayah pembunuhan semakin menjadi-jadi dan begitu membimbangkan, kenapakah perkara ini berlaku?. Minggu ini kita dikejutkan dengan pembunuhan guru di Kelantan dan Kedah dengan Modus Operandi yang sama iaitu tembakan menggunakan senjata api. Kerajaan harus mengambil serius perkara ini dengan memperketatkan kawalan di sempadan kerana senjata api kebanyakan dibawa dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand. Satu lagi isu gengster dan dadah bagi aku sudah mencapai tahap yang begitu kronik di negara kita, kerajaan harus bertindak membendung perkara ini dari terus merebak. Ubah sebelum parah!!!

Dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Gula menghala ke Semanggol di Bagan Serai semalam.


Gambar lelaki yang ditembak di kepala

Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an yang belum diketahui identitinya itu ditemui terbaring di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja pada pukul 2.30 pagi.

Difahamkan, pemeriksaan di tempat kejadian menemui tiga kelongsong peluru bersaiz 9 milimeter jenis Luger.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, semakan mendapati kereta tersebut dilaporkan hilang di Puchong, Selangor baru-baru ini.

“Ketika ditemui, mayat mangsa tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu berada dalam keadaan bersandar pada tempat duduk belakang dengan beberapa kesan tembakan di kepala,” katanya.-Utusan

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.