Ramai Blogger Yang Menempelak Abby Kahwin Di Thailand, Nah Ini Jawapan Abby Abadi..

Ramai Blogger Yang Menempelak Abby Kahwin Di Thailand, Nah Ini Jawapan Abby Abadi | Abby Abadi berkata : Ya Saya Bernikah Di Thailand, Yang Penting Elak Dosa - PELAKON Abby Abadi yang juga digelar Ustazah Jadian oleh sesetengah pihak, mengakui bernikah di Selatan Thailand dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. 
gambar-abby-abadi-dan-farhan-kahwin-di-thailand
“Ya, saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah.

“Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahuluka, jadi saya dah lepas dengan Allah, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, yang penting saya dapat elak dosa,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Abby, 36, dan jejaka kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu dilaporkan bernikah sehari sebelum Ramadan iaitu pada 9 Julai lalu.

Perkenalan singkat mereka yang bertemu di pasar raya akhirnya berjaya menyatukan dua hati ini dan kini Farhan dikatakan menjadi pekerja di butik Abby yang terletak di Taman Melawati.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 31 Ogos di Kuala Lumpur dan di Tumpat, Kelantan pada 6 September depan.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Abby dan Farhan, semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Untuk bacaan lagi ( Sila Klik )

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Que Achmad said...

jawapan yg terbaek dr Abby Abadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.