Blogger Sex Alvin Dan Vivian Dibebaskan Selepas Lapan Hari Bermalam Di Penjara | Alvin: "Penjara not bad"

Blogger Sex Alvin Dan Vivian Dibebaskan Selepas Lapan Hari Bermalam Di Penjara | Alvin: "Penjara not bad" | Akhirnya kedua Mahkluk ini dibebaskan, aku harap lepas nie semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jadilah main isu bodoh nie lagi. Marilah sama-sama kita bina satu masyarakat yang saling hormat menghormati.

gambara-alvin-dan-vivian-dibebas-kan.jpg

KUALA LUMPUR - Selepas lapan hari bermalam di penjara, pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee lega, apabila dibebaskan selepas selesai urusan jaminan di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Ketika ditanya media, Alvin hanya menjawab, 'not bad' sambil tersenyum dan berlalu meninggalkan media.

Pasangan itu dilihat hadir di Mahkamah Jalan Duta, diiringi polis dan peguam masing-masing kira-kira jam 10.00 pagi sambil tangan masing-masing bergari dan terus menuju ke kaunter bayaran jamin.

Mereka hadir untuk menandatangani dokumen jaminan, selepas membayar jumlah yang ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi iaitu RM30,000 setiap seorang dengan dua orang penjamin.

Pasangan berkenaan, masing-masing memakai pakaian yang sama ketika hadir ke Mahkamah Sesyen minggu lepas dijamin oleh ibu Alvin dan seroang rakan mereka.

Setengah jam kemudian, mereka meninggalkan mahkamah dengan menaiki dua kenderanan berasingan.

Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Mereka juga dilarang menggunakan peranti komunikasi berangkaian termasuk telefon pintar atau gajet komunikasi lain bagi mengakses internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Dua lagi syarat tambahan, iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan dikehendaki melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan. Sinar Harian

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.