Gadis Berusia 16 Tahun Menjadi Penganjur Pesta Maksiat Di Hotel Sambil Melepaskan Gian Syabu

Gadis Berusia 16 Tahun Menjadi Penganjur Pesta Maksiat Di Hotel Sambil Melepaskan Gian Syabu | Apa nak jadi remaja zaman sekarang nie, mana silap semua nie. Nak salahkan siapa dalam isu ini, bagi akulah semua bertanggungjawab dari keluarga sehinggalah masyarakat. Semua memainkan peranan masing-masing Insya Allah perkara ini tidak akan berlaku.

 Seorang gadis berusia 16 tahun bukan saja menyewa hotel bajet di Kampung Hulu, Melaka, menggunakan identiti orang lain, malah bertindak bagaikan ‘penganjur’ apabila dipercayai menjadikan bilik itu untuk kegiatan maksiat dan melepaskan gian syabu serta transit bagi kegiatan ragut bersama rakannya. 
 
Gadis Berusia 16 Tahun Menjadi Penganjur Pesta Maksiat Di Hotel Sambil Melepaskan Gian Syabu
 
Bilik yang disewa sejak 12 hari lalu itu dikatakan sering menjadi tumpuan beberapa lelaki keluar masuk sehingga menimbulkan syak sehinggalah sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan serbuan, kira-kira jam 8.30 pagi, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim Rahimin Bani berkata, pihaknya ke hotel berkenaan untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapat maklumat.

“Pintu bilik hotel dibuka gadis terbabit selepas diketuk beberapa kali dan apabila masuk menemui dua lelaki berusia 17 dan 19 tahun yang masing-masing sedang nyenyak tidur.

“Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg berisi peralatan dipercayai untuk menghisap syabu selain bekas kosong dijadikan tempat menyimpan bahan larangan itu,” katanya.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila pemeriksaan lanjut dalam beg remaja perempuan terbabit menemui empat kad pengenalan milik individu berusia antara 17 dan 21 tahun serta satu beg duit wanita. – Informasi Dot My

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.