Ibu Bapa Vivian ‘Menghilang’ Kerana Tertekan Dengan Anaknya ? | Mahakamah Tidak Berkompromi Alvin Dan Vivian Disumbat Ke Penjara – Mahkamah Tolak Ikat Jamin!

Ibu Bapa Vivian ‘Menghilang’ Kerana Tertekan Dengan Anaknya | Mahakamah Tidak Berkompromi Alvin Dan Vivian Disumbat Ke Penjara – Mahkamah Tolak Ikat Jamin! |     Ibu Bapa Vivian ‘Menghilang’ - JOHOR BAHRU : Vivian Lee, wanita yang dikaitkan dengan kontroversi menghina Islam dalam Facebook bersama pasangannya, Alvin Tan dikatakan berasal dari Desa Jaya, di sini. 

Gambar-Rumah-Ibu-bapa-vivian-di Desa-Jaya-Johor.jpg

Semalam, wartawan Sinar Harian cuba menjejak alamat wanita itu.

Dalam tinjauan itu, didapati rumah yang beralamat sebagaimana dikatakan alamat keluarga Vivian, didapati seperti tidak berpenghuni. Sebuah kereta Kancil yang diletakkan di hadapan rumah juga ditutup sekali gus menandakan rumah itu seperti sudah agak lama ditinggalkan.

Terdapat beberapa helai pakaian dijemur di hadapan rumah, tetapi jeriji dimangga dari luar.

Hampir sejam menunggu, tiada respons diberikan malah tidak menunjukkan tanda-tanda penghuni ada di dalam. Tinjauan ke belakang rumah juga berkunci.

Jiran-jiran berhampiran juga mendakwa kelibat ibu Vivian yang juga seorang suri rumah dan bapanya yang bekerja di Singapura tidak kelihatan sejak seminggu lalu.

Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa ibu Vivian seminggu lalu ketika dia menukar bateri kenderaan miliknya.

Malah, jiran bersebelahan yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu yang sedang melakukan kerja ubah suai rumah mendakwa tiada sebarang bunyi atau lampu yang dibuka berkemungkinan penghuni kediaman pulang ke kampung.

Tindakan itu dipercayai susulan kenyataan Vivian dan pasangan yang menghina Ramadan dan mempersenda Islam tersebar di laman sosial dan blog. – Sinar Harian
gambar Alvin Dan Vivian Disumbat Ke Penjara.jpg

Alvin Dan Vivian Disumbat Ke Penjara – Mahkamah Tolak Ikat Jamin! – Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.

Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh dibicarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.

Pasangan ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO. – http://www.astroawani.com

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Kisah Si Dairy said...

masalah yang mereka cari sendiri kan...terimalah padahnya...

Anonymous said...

Berani buat, berani tanggung.

Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim said...

Mana emak bapak sanggup tinggal di rumah kerana mereka diekori oleh orang ramai dan juga pemberita. Tambahan pula mana nak letak muka dengan jiran-jiran yg tentunya datang mengutuk. Inilah akibatnya apabila anak menjadi bintang porno di Malaysia. Bukan itu saja menjaja bak kut teh di kalangan orang Islam, di hari dan bulan puasa pulak tu !


http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/alvin-dan-vivian-hina-islam-mahkamah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.