Ikhwan Muslimin Menyeru Rakyat Mesir Terus Berhimpun Selepas Pembunuhan Rakyat Oleh Tentera Mesir | TERKINI DI MESIR

Ikhwan Muslimin Menyeru Rakyat Mesir Terus Berhimpun Selepas Pembunuhan Rakyat Oleh Tentera Mesir [GAMBAR] | TERKINI DI MESIR | Ikhwan Muslimin Mesir telah menyeru rakyat Mesir untuk keluar berhimpun sebagai protes di seluruh negara sehari selepas kejadian menembak maut di lokasi bantahan di Kaherah yang menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut dan beratus-ratus cedera.

Ikhwan Muslimin Menyeru Rakyat Mesir Terus Berhimpun Selepas Pembunuhan Rakyat Oleh Tentera Mesir [GAMBAR] | TERKINI DI MESIR

Ahli Parlimen Ikhwan Mohamed Mohamed Ibrahim El-Beltagy, menyifatkan tembakan oleh pihak polis ketika solat subuh selepas polis menyerbu, sebagai satu "pembunuhan beramai-ramai".

Kementerian Kesihatan Mesir berkata, 435 orang cedera dalam serangan itu.

Seorang doktor memberitahu Al Jazeera bahawa "majoriti cedera mempunyai luka tembakan di kepala."

Ikhwan Muslimin Menyeru Rakyat Mesir Terus Berhimpun Selepas Pembunuhan Rakyat Oleh Tentera Mesir [GAMBAR] | TERKINI DI MESIR

Gehad Haddad, jurucakap Ikhwan Muslimin berkata, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan menuntut Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi dilantik semula kerana rampasan kuasa tentera adalah elanggar undang-undang.

Menurutnya, penunjuk perasaan ditembak semasa duduk di berhampiran ibu pejabat Pengawal Republikan di Kaherah.

"Kami mempunyai orang dipukul di kepala, kita mempunyai peluru yang meletup apabila ia memasuki badan, 'mengoyak-ngoyak' organ-organ dan bahagian badan" kata Haddad.

Sebaliknya pihak tentera menafikan, dan mendakwa ia adalah angkara "kumpulan pengganas" yang tidak bertanggungjawab, sambil menambah bahawa dua pegawainya juga telah dibunuh.

Jurucakap tentera Ahmed Ali menyalahkan keganasan ke atas penunjuk perasaan yang menyerang ibu pejabat Pengawal Republikan dan bertindak menembak adalah mempertahankan diri terhadap lelaki bersenjata menyerang mereka dari pelbagai lokasi, termasuk bumbung .

Pihak tentera juga mengeluarkan rakaman apa yang digambarkan sebagai serangan oleh penyokong Morsi di bangunan Pengawal Republikan di Kaherah.

Geha Haddad berkata Ikhwan menolak rakaman itu sebagai rekaan semata-mata dan "cerita remeh Hollywood".

SUMBER: http://www.buletinonline.net

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Anonymous said...

Memang lagi mudharat la klau berkumpul untuk protes.berkumpul x membawa makna apa2 dan hanya membawa kemudharatan kepada diri sendiri dan mengambil hak jalan dan boleh membawa kepada jatuh hukum haram disisi islam.sebaik2 penyelesaian adalah perancangan yang rapi dan tido semberono agar umat islam tidak bergadai nyawa sesama sendiri.fikirkanlah.allahua'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.