[Isu Alvin Tan dan Vivian Lee] Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP.

[Isu Alvin Tan dan Vivian Lee] Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP. | Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP. 
gambar  Datuk Seri Bung Mokthar Radin
Tindakan Bung Mokthar itu membangkitkan kemarahan wakil-wakil rakyat DAP sehingga mencetuskan kekecohan.

Bung Mokthar dalam ucapan perbahasannya meminta kerajaan menahan dan menghukum pasangan terbabit kerana menyentuh sensitiviti agama di negara ini.

“Mereka perlu didakwa dan ditangkap serta merta, jangan dibebaskan, penjarakan.

“Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP,” katanya.

Kenyataannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantahan dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Anthony Loke (DAP-Seremban), Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

“Ini fitnah. Tarik balik. Tarik balik kenyataan,” tegas Kor Ming.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) bangkit membacakan peraturan mesyuarat berbunyi seseorang ahli tidak boleh membuat sangkaan buruk keatas ahli lain. “Apa yang dikatakan itu memang sangkaan jahat,” katanya.

Bung Mokhtar bagaimanapun hanya ketawa apabila melihat respon wakil rakyat pembangkang itu.

“Bukan saya tuduh seseorang sahaja, saya sebut secara menyeluruh.

“Saya kata mungkin. Bukan tuduhan,” katanya sambil ketawa.
P/S: Kenapa isu ini kita nak salahkan pihak lain, dulu isu ayam naik menteri  kata makan Ikan, bijak ke seorang Menteri cakap camnie. Sekarang isu lucah nak salahkan DAP. Aku bukanlah pengikut DAP tetapi kita kena faham isu  [Isu Alvin Tan dan Vivian Lee] ini dah lama tapi dibiarkan macam tu jea..Kalau korang tengok entri aku yang lepas lama dah aku main isu mangkuk ini. Tetapi kenapa sudah jadi barah baru nak ambil tindakan, pastu nak salahkan orang lain lak dalam isu ini..Politik matang, Politik baru pilihan orang muda zaman sekarang dan zaman politik 60-an sudah tidak sesuai...sekian

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.