JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2013 | Keputusan Undian Perlawanan

Keputusan Undian dan Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2013 | Berikut adalah keputusan undian Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2013 edisi ke-87.
JUARA bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.

Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.

Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.

Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA.

Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.

FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 Nov ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Bernama




Kumpulan Piala Malaysia:

☞ Kumpulan A : Selangor, ATM, Sime Darby, Johor FA
☞ Kumpulan B : Johor Darul Takzim, PKNS, T-Team, Felda United
☞ Kumpulan C : Kelantan, Pahang, Terengganu, N.Sembilan
☞ Kumpulan D : LionsXII, Perak, Sarawak, Kedah FA

1. Peringkat Kumpulan;
  • Perlawanan 1 - Selasa, 20 Ogos 2013
  • Perlawanan 2 - Sabtu, 24 Ogos 2013
  • Perlawanan 3 - Selasa, 27 Ogos 2013
  • Perlawanan 4 - Sabtu, 31 Ogos 2013
  • Perlawanan 5 - Selasa, 17 September 2013
  • Perlawanan 6 - Selasa, 21 September 2013

2. Peringkat Suku Akhir;
  • Perlawanan Suku Akhir 1 - Selasa, 28 September 2013
  • Perlawanan Suku Akhir 2 - Jumaat, 4 Oktober 2013

3. Peringkat Separuh Akhir;
  • Perlawanan Separuh Akhir 1 - Jumaat, 18 Oktober 2013
  • Perlawanan Separuh Akhir 2 - Jumaat, 25 Oktober 2013


4. Perlawanan Akhir;


  • Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 – Ahad, 3 November 2013.

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

bualsukan said...

Tahun nie macam Kelantan lagi final walaupun dalam Kumpulan Maut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.