Jururawat Ditemui Mati Tergantung Pada Kipas Di dalam Bilik Asrama Jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Pada Kipas Di dalam Bilik Asrama Jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh | TEMERLOH - Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 11.40 malam.

"Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya," katanya hari ini. 

Gambar-Jururawat-Yang-bunuh-diri-di Temerloh.jpg

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," kata Mohd Zakaria.

Sementara itu seorang lelaki turut ditemui mati tergantung pada pokok rhu dengan tali nilon, kira-kira 50 meter dari pantai Kuala Pahang.

Mayat mangsa ditemui seorang nelayan kira-kira 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 30 tahun merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki.- Bernama
                                                       

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.