Keganasan Bola Sepak | Pengadil Menikam Pemain Sehingga Mati Kemudian Ahli Keluarga Mangsa Memenggal Kepala Sehingga Putus

Keganasan Bola Sepak | Pengadil Menikam Pemain Sehingga Mati Kemudian Ahli Keluarga Mangsa Memenggal Kepala Pengadil  Sehingga Putus | - Brazil : Seorang pengadil perlawanan bola sepak dipenggal kepala selepas dia menikam seorang pemain ketika perlawanan diadakan di stadium Pius XII, di Maranhao, pada 30 Jun lalu. 
 
gambar pengadil dipenggal
 
Kejadian bermula selepas Octavio da Silva Catanhede Jordan, 20, telah bergaduh dengan salah seorang pemain, Josenir dos Santos Abreu , 30,.

Pertengkaran berlaku selepas Santos Abreu tidak berpuas hati dengan tindakan Octavio yang mengarahkan keluar padang.

Santos Abreu kemudiannya enggan beredar menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum Octavio mengeluarkan pisau kecil dan menikam pemain itu berulang kali.

Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dalam masa sama, penyokong dan keluarga Santos Abreu yang menyaksikan perlawanan itu, kemudiannya meluru masuk ke dalam padang sebelum mereka memotong kepala Octavio.

Mereka kemudiannya meletakkan kepala Octavio di tengah padang.

Setakat ini polis telah menahan seorang lelaki, Luis Moraes Souza dan sedang memburu dua yang lain,dikenali sebagai ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo’. – MyNewsHub

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.