Kejam Dan Tidak Berperikemanusiaan | Bayi Baru Lahir Dibuang Tempat Pembuangan Sampah Dengan Kesan Kelar Dileher [gambar]

Kejam Dan Tidak Berperikemanusiaan | Bayi Baru Lahir Dibuang Tempat Pembuangan Sampah Dengan Kesan Kelar Dileher | Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Kejam Dan Tidak Berperikemanusiaan | Bayi Baru Lahir Dibuang Tempat Pembuangan Sampah Dengan Kesan Kelar Dileher

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.

Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. - DM

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.