KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL [PRK] DUN KUALA BESUT 2013 AKAN DIUMUMKAN MALAM INI SELEPAS SEMBAHYANG TERAWIH | Gambar-Gambar Menarik Sekitar Pusat Pengundian !!

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL [PRK] DUN KUALA BESUT 2013 AKAN DIUMUMKAN MALAM INI SELEPAS SEMBAHYANG TERAWIH | BESUT: Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam, Rabu depan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya akan mengumumkan Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pukul 10 malam bagi menghormati umat Islam menunaikan solat terawih.

"Disebabkan sekarang bulan Ramadan, kita hormati pemimpin-pemimpin politik dan orang ramai untuk beribadat oleh sebab itu Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas teraweh.

"Walaupun proses penjumlahan undi selesai awal dan kita sudah mengetahui Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pukul 9 malam, SPR tetap akan menunggu sehingga pukul 10 malam untuk diumumkan secara rasmi," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau proses pengundian awal oleh anggota tentera dan pasangan serta pegawai polis di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini dan beliau berharap Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak di pertikai.

Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR menjangkakan kira-kira 75 peratus daripada 16,534 jumlah keseluruhan pengundi biasa akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Rabu depan.

Mengulas mengenai proses pengundian awal, Wan Ahmad berkata beliau yakin peratus keluar mengundi kumpulan berkenaan akan mencecah hampir 95 peratus daripada 1,148 pengundi berdaftar.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof.
 
Che Long tiba di tempat membuang undi
 
 Calon PAS N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long tiba di tempat membuang undi seawal jam 7.45 pagi tadi dan selesai membuang undi pada jam 8.05 pagi di SK Kampung Baharu.

Menurut Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanapiah Mat berkata, sebaik Che Long membuang undi beliau akan hadir di setiap unit peti undi iaitu lapan peti yang berakhir di unit peti undi Bukit Puteri.

Lapan peti undi itu termasuklah, Tok Saboh, Bukit Puteri, kampung Baharu, Pulau Perhentian, Kampung Nangka, Kampung Nail, Seberang Barat dan Sebarang Barat Luar.
 
Suasana Malam Sebelum pengundian

gambar penamaan calon PRK Kuala Besut

gambar penamaan calon PRK Kuala Besut

gambar penamaan calon PRK Kuala Besut
 
Kerusi Kuala Besut merupakan kubu Kuat Barisan Nasional, walau apa pun keputusan kita redha dan teruskan berjuang..Sekian

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.