MILITIA SAMSENG [baltojiyah] Penyokong Abdul Fatah As-Sisi belasah Penyokong Ikhwan Dengan Kejam [GAMBAR] | Terkini Di Mesir 26 Julai 2013

MILITIA SAMSENG [baltojiyah] Penyokong Abdul Fatah As-Sisi belasah Penyokong Ikhwan Dengan Kejam [GAMBAR] | Terkini Di Mesir 26 Julai 2013 | SIAPA "MILITIA SAMSENG" SEBENARNYA?

Gambar ini insiden yang berlaku semalam di hadapan Kedutaan Amerika di Kaherah. Contoh jelas lelaki yang memegang pistol mengheret seorang penyokong Mursi dengan dikelilingi oleh samseng yang lain. Siapa lelaki itu? Mungkin polis berpakaian biasa atau mungkin ketua samseng upahan.

Ramai yang bertanya apakah maksud saya menamakan mereka dengan "militia samseng upahan". Siapa mereka ini sebenarnya?

gambar-mesir-terkini.jpg

Mereka ini dalam bahasa Arab disebut "baltojiyah" dan tugas mereka sama dengan kumpulan "syabih" yang berada di Syria untuk membantu askar Syria menyembelih rakyat. Jumlah kematian yang meningkat saban hari di Mesir antaranya disebabkan peluru "baltoji" (yang diterjemahkan sebagai 'militia samseng upahan').

Militia ini wujud sejak puluhan tahun dan semakin aktif di zaman Mubarak. Dalam buku saya, "Menanti Fajar Menyinsing" terbitan Telaga Biru, saya perincikan taktik serangan kumpulan ini pada hari revolusi Januari 2011 di Tahrir. Serangan ini bertujuan untuk rakyat lari menyelamatkan diri dari Tahrir namun gagal.

Bekas Ketua Agensi Perisikan Mesir yang telah meninggal dunia, Omar Suleiman pernah mendedahkan bilangan militia samseng di Mesir keseluruhan lebih kurang 500,000 orang dan mereka ini dijaga dan dipelihara oleh Unit Perisikan Perang, di bawah Majlis Tentera.

Manakala Presiden Parti Wasat (serpihan Ikhwan Muslimin), Ir. Abul 'Ela Madhi pula berkata, Presiden Mursi pernah memberitahu beliau bilangan militia ini lebih 300,000 dan mereka mempunyai "tanzim" atau organisasi yang lengkap.

Mereka disebut sebagai "militia upahan" kerana dibiayai oleh orang kenamaan dan tokoh korporat yang menjadi kroni Mubarak. Sebagai contoh, di Mansurah pembiaya milita samseng ini bernama Waheed Fudah, bekas Ahli Parlimen dari parti Mubarak (NDP). Ramai lagi golongan kaya dari kroni Mubarak seperti Rejab Humaidah dan Abul 'Ainain yang mempunyai "tanzim" samseng di bawah naungan mereka.

Kita pernah mendengar nama Sobry Nakhnukh, ketua militia samsneg Iskandariah yang diberkas tahun lepas antara mereka yang terkaya di negeri tersebut. Nakhnukh dijaga sendiri oleh bekas Menteri Dalam negeri zaman Mubarak, Habib 'Adli.

Berapakah 'gaji tetap' kumpulan ini tidak diketahui. Cuma pernah didedahkan oleh bekas Ahli Parlimen, Dr.Mohammed Beltaji setiap operasi menyerang dan mengganas, mereka diberikan elaun. Sesiapa yang mampu menyerang menggunakan senjata api dibayar LE2,000, dengan pedang atau parang dibayar LE1,000 dan sesiapa hanya mampu membaling batu dibayar LE200. Selain bantuan kewangan, mereka ini turut dibekalkan dengan senjata api.

Mutakhir ini, apabila himpunan aman digempur oleh polis, mereka bukan datang hanya dengan ketumbukan mereka tetapi dibawa militia samseng-samseng ini bersama. Lihat malam serangan solat terawih di Ramsis, polis dilihat berada di belakang barisan militia samseng menyerang umat Islam yang sedang solat. Mereka saling melindungi antara satu sama lain bagi membelasah rakyat yang menuntut hak.

Ini bermakna KDN, polis dan askar sendiri yang membiayai militia samseng ini. Jika rakyat Syria mati disembelih oleh kumpulan "syabih" maka rakyat Mesir mati di tangan "baltojiyah". Demikian sedikit catatan saya buat pembaca semua.

gambar-mesir-terkini.jpg

Puluhan militia samseng upahan mengejar dan membelasah seorang penyokong Mursi yang mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Amerika di Kaherah hari ini.

Seorang terbunuh dan berpuluh-puluh mereka yang menyertai demonstrasi aman cedera parah dalam insiden digempur oleh militia samseng di bawah seliaan pasukan polis. 


gambar-mesir-terkini.jpg

Detik penyokong Morsi baju t-shirt hitam kena tikam dekat peha..berderau darahhhh tengok gambar ni.laknat Allah ke atas puak baltojiyah!
Akhlak Penyokong Ikhwan terhadap pasukan Tentera 

gambar-mesir-terkini.jpg

Salah seorang 'pengganas' yang menyertai demonstrasi menyokong Mursi sedang membahagi-bahagikan kitab Allah, Al-Quran pada bulan Ramadhan yang mulia kepada para anggota keselamatan yang berkawal.

Ini salah seorang 'pengganas' yang dimaksudkan oleh As-Sisi..

gambar-mesir-terkini.jpg

Membasahkan kepala dengan air sedikit sebanyak mengurangkan rasa panas yang membahang di siang hari dalam bulan Ramadhan. Sama ada peserta demontrasi atau polis..Seorang penyokong Mursi membasahkan dengan air seorang askar yang berkawal sementara rakan-rakan polis lain sedang bersiap sedia..

Demikian intimnya hubungan antara rakyat dengan askar. Cuma yang bermasalah ialah ketua tentera, As-Sisi.

Desakan Abdul Fatah As-Sisi Menyuruh Penyokongnya Berhimpun Hari ini Dan Bertembung Dengan Penyokong Mursi di Dataran Tahrir. Salah Satu agenda Yahudi Untuk Mencetuskan perang saudara 

Desakan Abdul Fatah As-Sisi supaya seluruh rakyat turun ke jalanraya esok bersamaan hari Jumaat bagi "memberikan kuasa kepada beliau berhadapan dengan pengganas" mendapat reaksi pelbagai.Beberapa parti dan pertubuhan Islam melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan yang keluar dari mulut seorang ketua tentera yang dilihat cuba mengheret Mesir ke kancah perang saudara. 

Gambar-As-Sisi.jpg

Apapun rata-rata berpandangan bahawa ucapan As-Sisi itu adalah "isytihar perang" kepada rakyatnya sendiri. Seperti yang disebutkan As-Sisi memang berhadapan tekanan setelah 3 minggu rampasan kuasa berlaku tetapi rakyat yang menolak rampasan kuasa saban hari keluar menyatakan pendirian mereka.

Dengan keruian saham yang dicatatkan semalam lebih LE5 juta, perkhidmatan kereta api dalam negara juga dilaporkan kerugian LE4 juta, sektor pelancongan yang terjejas teruk, keanggotaan Mesir digantung dari Kesatuan Afrika, keengganan beberapa negara luar mengiktiraf kerajaan Sisi maka ini semua memberi tekanan yang dahsyat kepadanya.

Dilaporkan semalam Amerika kini mula ragu dengan kebolehan orang suruhannya, Sisi. Walaupun perancangan jahat menggulingkan Mursi ini turut melibatkan Amerika tetapi Amerika tidak ingin imejnya sebagai kuasa dunia terjejas. Semenjak rampasan kuasa, lebih 200 nyawa menjadi korban.

Amerika telah memberi tempoh masa seminggu kepada Sisi untuk menyelesaikan krisis ini. Sebagai 'hukuman awal' kepada Sisi, Amerika menangguhkan penghantaran bantuan empat buah jet pejuang F-16 kepada Mesir memandangkan situasi semasa negara itu. Jika Sisi gagal dalam tempoh yang diberikan, tidak mustahil Sisi menerima nasib yang sama seperti Mubarak. Meskipun Mubarak boneka Amerika tetapi ketika kemuncak penentang rakyat Januari 2011, Mubarak diminta berundur kerana dilihat tidak lagi berguna untuk dikekalkan.

Demikian bekerja dengan orang jahat, bukan sekadar habuan tidak diberi. Kemungkinan diri menjadi mangsa.

Sebagai tanda sokongan Gerakan Islam Di Malaysia, Dewan Pemuda Pas bersama dengan NGO telah mengadakan satu perhimpunan Aman di Kedutaan Mesir Hari Ini [26 JULAI 2013] di Hadapan Kedutaan Mesir Selepas Solat Jumaat.


Himpunan Aman di Kedutaan Mesir.

DPPM bersama NGO - NGO akan mengadakan Himpunan Aman di hadapan Kedutaan Mesir bagi membantah rampasan kuasa dan kudeta di bumi Anbiya' itu pada :

Tarikh : 26 Julai 2013
Masa : Selepas solat Jumaat
Tempat : Kedutaan Mesir
Jarak : Mula dari Tabung Haji

Semua warga prihatin diundang hadir untuk solidariti bersama rakyat Mesir yang tertindas serta doa dan munajat buat mereka di Masjid Tabung Haji.

YB Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Sumber:

Akhukum Abdul Malik

Akhukum Abdul Malik

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Anonymous said...

Banyak tentera negara Islam hanya berani dengan rakyat yang lemah. Tapi penakut kepada tentera asing contohnya tentera Israel. Kalau tidak, tentulah negara Islam dihormati. Harap tentera kita tak gitu..

Anonymous said...

Apa bezanya kita dengan umat islam mesir syria ? sesama islam bermusuhan , di malaysia islam pas kafirkan islam umno , di Arab sana islam dengan islam berbunuhan saling menyembelih ...

tiada bezanya umat islam malaysia dengan umat islam tanah Arab , islam semakin berkecamuk , islam semakin difitnah , islam cuma pada nama ,
sesama yahudi tdk berlaku bunuh membunuh , sesama yahudi tiada kafir mengakfir , malah mereka semakin bersatu !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.