NGERI!!! [Gambar] Pekerja Kedai Besi Maut Ditetak | PEMBUNUHAN KEJAM

NGERI!!! [Gambar] Pekerja Kedai Besi Maut Ditetak | PEMBUNUHAN KEJAM | GEORGETOWN - Seorang lelaki ditemui terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam di tepi jalan belakang lorong perumahan di Lebuh Rambai 16, Air Itam, petang kelmarin. 
GAMBAR- PEKERJA-KEDAI-BESI-MAUT-DITETAK.JPG

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.55 petang, berkenaan mangsa ditetak berikutan mengalami kecederaan dipercayai terkena senjata tajam di beberapa anggota badan antaranya kepala, tangan, bahu dan belakang badan.

“Mangsa yang dikenali sebagai G Durintheran, 24, berasal dari Bayan Baru dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans.

"Mangsa kemudiannya meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam semalam (kelmarin) di hospital,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan, mangsa tiada sebarang rekod jenayah lampau namun polis masih menyiasat punca kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian, polis menjumpai dua kelongsong peluru jenis SME 9 mm. Peluru itu dibawa oleh Jabatan Forensik untuk siasatan. Penduduk di sekitar itu juga memaklumkan mereka terdengar bunyi seperti mercun sebelum ternampak seorang lelaki berlumuran darah terbaring di tempat kejadian.

“Mereka juga nampak beberapa motosikal dinaiki sekumpulan lelaki bawa parang panjang mengejar mangsa," katanya.

Kong Meng berkata, polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai terlibat dengan kejadian itu.

“Hasil siasatan, suspek tiada rekod jenayah dan kita menahannya untuk diambil keterangan.

“Suspek berasal dari Desa Mawar, Air Itam. Kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa adiknya berikutan mangsa seorang yang baik dan tidak pandai bergaul.

“Adik saya bekerja dengan bapa di kedai pengumpulan besi buruk di Batu Feringghi dan selama ini, dia tidak pernah ada masalah dengan sesiapa.

“Dia masih bujang juga bukan seorang yang sosial kerana tidak merokok, minum arak mahupun mengambil dadah. Saya harap, polis dapat menahan mereka melakukan perkara ini kepada adik saya,” katanya.[SH]

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.