Pengemis Kecil Merokok Sambil Berbogel | Dunia Akhir Zaman

Pengemis Kecil Merokok Sambil  Berbogel | Dunia Akhir Zaman | - Nanjing : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditemui mengemis dalam keadaan bertelanjang dan merokok di bandar raya ini sudah dihantar pulang ke kampungnya. Gambar menunjukkan kanak-kanak itu melutut meminta sedekah di jalan raya di ibu negeri wilayah Jiangsu itu mengejutkan penduduk China sejak dua hari lalu. 
 
 
Gambar kanak-kanak terbabit dan bapanya, Zhou Chonggao mengemis dikongsi puluhan ribu kali di laman sosial popular China, Weibo.

Polis menahan kanak-kanak itu serta bapanya, Rabu lalu dan menghantar mereka pulang ke kampung di Chenlong, 200 kilometer ke utara Nanjing.

Seorang pegawai kampung berkenaan berkata, pihak berkuasa tidak dapat memberi elaun bantuan kepada kanak-kanak itu kerana dia tiada surat beranak.

Usaha mendapatkan dokumen berkenaan bagaimanapun sudah dijalankan.

Sementara itu, kanak-kanak terbabit ketika ditanya mengenai tindakannya mengemis dalam keadaan bertelanjang berkata, dia lebih mudah mendapat wang daripada orang ramai dengan berbuat demikian. – Agensi

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.