Pulak Dah !!! Bak Kut Teh Halal di Karnival Makanan 1Malaysia

KUALA LUMPUR - Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Bak Kut Teh Halal di Karnival Makanan 1Malaysia

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

"Jakim bimbang masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat tanggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengenalan bak kut teh halal kepada para pengunjung Karnival Makanan Malaysia 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Antara ramuan yang digunakan termasuklah ayam, makanan laut dan sayur-sayuran bagi menggantikan penggunaan babi dalam bak kut teh yang bermaksud daging, tulang dan teh.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Marriot, Zaffar Abdul Samad, ketiga-tiga hidangan itu dijamin 100 peratus halal dari segi ramuan dan bahan-bahan.- Utusan

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.