Suami [Gila Khinzir] Memijak, Menumbuk Dan Membaling Botol Kaca Kepada Isterinya Kerana Tegur Tidak Berpuasa

Isteri Dipijak Suami Kerana Tegur Tidak Berpuasa - Kuala Lumpur : Seorang kerani berusia 21 tahun dipijak suaminya hanya kerana menegur lelaki terbabit yang tidak berpuasa di rumah mereka di Sungai Long, kelmarin.


Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, selain dipijak, mangsa juga ditumbuk dan dibaling botol kaca oleh lelaki terbabit.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa yang pulang dari tempat kerja menjumpai sisa makanan di dapur.

“Ketika itu, mangsa masuk ke dapur bagi menyiapkan juadah berbuka puasa sebelum menemui sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun itu bertanya suaminya sama ada dia berpuasa atau tidak.

“Lelaki terbabit memberitahu dia tidak berpuasa sebelum mangsa menegurnya supaya berubah dan insaf atas perbuatannya itu.

“Teguran mangsa menyebabkan suaminya tiba-tiba naik angin lalu menumbuknya dan dibaling dengan botol kaca,” katanya.

Sumber berkata, ketika diperlakukan demikian, mangsa hanya mampu menutup kepala menggunakan dua tangannya.

Katanya, suspek hanya berhenti memukul isterinya itu apabila melihat mangsa terbaring di lantai. – Metro

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

paripariputih said...

kenapakah kau dijadikan manusia?? kan lebih baik ko dijadikan sbg binatang jew??? =..='

Anonymous said...

Ya Allah berilah pahala jihad dijalan engkau keatas isteri ini...kurniakan lah kekuatan kesabaran dan iman kepadanya didalam menjalani kehidupan dia diatas muka bumi ini dan Golongkan dia dikalangan orang orang solehah diakhirat kelak...dan berilah hidayah kepada lelaki yang menjadi suaminya sebelum maut menjemputnya...Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.