[TERKINI] Jerebu Merekodkan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat | Jerebu Kembali Melanda Negara

[TERKINI] Jerebu Merekodkan Bacaan  Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat | Jerebu Kembali Melanda Negara | Pertengahan Ramadhan ini, jerebu kembali melanda negara kita, Kat tempat aku kerja pun sakit tekak jugak laa hidu asap jerebu nie. Nasihat aku banyakkan minum air semasa berbuka dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

gambar-Keadaan-jerebu-terkini.jpg

 - KUALA LUMPUR : Krisis jerebu yang melanda beberapa buah negeri pada bulan lepas kini berulang apabila lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 5 petang semalam.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) Keadaan yang sama turut dikesan di Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan IPU 117, Banting (110) dan Muar (103).

Sementara itu, kualiti udara di Nilai dan Pelabuhan Klang menghampiri status tidak sihat dengan bacaan IPU masing-masing 97 dan 93 diikuti Port Dickson dan Seremban sebanyak 83.

Sebanyak 27 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana manakala 11 kawasan masih memiliki kualiti udara yang baik, kebanyakannya di Sabah dan Sarawak.
 
Kualiti udara di Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka berada pada tahap tidak sihat selepas merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 109 dan 119 setakat jam 8 pagi ini.
 
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), beberapa kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana antaranya Port Dickson (88), Nilai (80) dan Pelabuhan Klang (79).
 
Peningkatan bacaan IPU di kebanyakan tempat di seluruh negara adalah dipengaruhi faktor jerebu yang merentasi sempadan.
 
Berdasarkan laporan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC), terdapat peningkatan mendadak bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia semalam iaitu 159 berbanding 43 kelmarin.
 
Terdapat lima titik panas dikesan dalam negara iaitu empat di Johor dan satu di Sarawak.
 
Bulan lalu, Malaysia juga dilanda tahap jerebu yang agak melampau.
 
IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti udara automatik yang dikawal secara jarak jauh. Bacaan yang melebih 100 dianggap tidak sihat manakala melebihi 200 pula amat tidak sihat dan 300 pula dikategori sebagai bahaya.
 
Sementara itu, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura berkata, masalah jerebu mungkin akan kembali melanda rantau ini  semula dalam tempoh beberapa hari lagi.
 
Menurut NEA, jerebu akan kembali berlaku jika cuaca panas berterusan di kebanyakan kawasan di Sumatera, Indonesia dan arah angin berubah menghala ke barat untuk tempoh dua hari lagi.
 
NEA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, satelit NOAA 18 telah mengesan jumlah titik panas di Sumatera meningkat mendadak sejak dua hari lalu dan mencapai 159 titik panas, semalam.
 
Daripada jumlah titik panas itu, 63 berada di wilayah Riau di tengah Sumatera, kira-kira 280 kilometer dari Singapura.
 
Titik panas lain kebanyakannya dikesan di Aceh dan Sumatera Utara.
 
NEA berkata, arah angin kini bertiup dari tenggara atau selatan dan asap jerebu tidak menuju ke Singapura.
 
Namun, beberapa negeri di semenanjung Malaysia telah menghadapi masalah kualiti udara sejak pagi semalam dengan Bandaraya Melaka mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 119 pada pukul 8 pagi tadi.- Kosmo
 
Agensi itu berkata, mereka akan mengeluarkan lebih banyak amaran kepada orang awam jika cuaca panas berterusan dan arah angin berubah.- Kosmo
 

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.