Ulama Terkemuka, Yusuf Al-Qaradhawi Menyeru Rakyat Mesir Sokong Mursi Dan Menentang Kerajaan Tentera Yang Biadap | Dr Morsi Diambang Kemenangan

Ulama Terkemuka, Yusuf Al-Qaradhawi Menyeru Rakyat Mesir Sokong Mursi Dan Menentang Kerajaan Tentera Yang Biadap | Dr Morsi Diambang Kemenangan | ulama berpengaruh di Timur Tengah, pada hari semalam (6/7/2013), mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir perlu mendukung Muhammad Mursi dan mendesak pihak tentera berundur dari panggung politik negeri itu, demikian kompas melaporkan.

Ulama Terkemuka, Yusuf Al-Qaradhawi Menyeru Rakyat Mesir Sokong Mursi Dan Menentang Kerajaan Tentera Yang Biadap | Dr Morsi Diambang Kemenangan

Ulama kelahiran Kaherah itu, Yusuf al-Qaradhawi dalam fatwa yang kemudian diterbitkan di lamanweb rasminya itu mengatakan, campurtangan tentera yang kemudian menggulingkan Mursi bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan Mesir.

"Dr Al-Qaradawi menerbitkan fatwa tentang perlunya mendukung presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat, Muhammad Mursi dan mempertahankan perlembagaan. Beliau juga menyerukan Panglima Tentera Abdel Fatah al-Sisi dan mereka yang mendukungnya untuk berundur demi mempertahankan legitimasi dan demokrasi," demikian pernyataan di dalam lamanweb rasmi al-Qaradawi, www.qaradawi.net

Al-Qaradawi menambahkan, banyak ulama dari Universitas Al-Azhar Kaherah, salah satu institusi Islam paling berpengaruh di Mesir, menyetujui pandangannya.

Al-Qaradawi adalah ketua Federasi Ulama Antarabangsa, merupakan pendukung utama revolusi yang "menyapu" sejumlah negara Arab pada 2011. Bulan lalu dia menyerukan perang suci melawan Presiden Syria Bashar al-Assad.- Greenboc

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.