Adi Putra akan menjalani Pembedahan Akibat Batu Karang [GAMBAR]

Adi Putra Pelakon Popular akan menjalani Pembedahan Akibat Batu Karang [GAMBAR] | Kuala Lumpur: “Keadaan Adi sekarang stabil dan perlu berehat kerana masih mengalami kesakitan. Dia menjalani pembedahan yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi ini,” kata Aida Yusof, isteri kepada aktor popular Adi Putra.

Adi Putra akan menjalani Pembedahan Akibat Batu Karang [GAMBAR]
Pagi semalam, peminat dikejutkan dengan paparan gambar dari akaun Instagram Aida yang memuatkan gambar suaminya di dalam ambulans. Adi yang baru tiba dari Surabaya, Indonesia terus dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dan doktor mengesahkan dia menghidap kencing berdarah dan batu karang.

“Sebelum ke Surabaya, Adi sudah mengadu sakit dan sudah dibawa ke Hospital Prince Court,” katanya.

Bagaimanapun, dia terpaksa ke Surabaya kerana menjalani penggambaran video klip.
“Tetapi kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu keadaan sakitnya semakin teruk dan terus dibawa ke hospital sebaik tiba di sini,” katanya.
Sumber: Terengganu Today

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.