Campak 5 Anak Melalui Tingkap....

Campak  5 Anak Melalui Tingkap | Kejadian Kebakaran di Meranti | - MERANTI : Seorang ibu terpaksa mencampak lima anak, termasuk dua kembar melalui tingkap setelah rumahnya dekat Kampung Cherang terbakar jam 12 tengah hari, kelmarin.

Campak  5 Anak Melalui Tingkap | Kejadian Kebakaran di Meranti

Datuk, Latif Hasan, 72, berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang berlaku setelah pulang daripada kebun.

Menurutnya, penduduk memberitahu lima cucu bersama anak perempuannya terperangkap di dalam rumah kerana pintu depan tidak dapat dilalui akibat terbakar.

“Disebabkan itulah, anak saya terpaksa mencampakkan cucu yang berusia lima hingga 10 tahun melalui tingkap.

“Mujurlah ketika kejadian isteri saya yang mempunyai masalah pendengaran, berada di luar rumah,” katanya, semalam.

Latif berkata, dia tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen penting termasuklah wang anaknya bernilai hampir RM 1,000 dan motosikal Honda Wave yang baru dibeli setahun lalu.

Menurutnya, dianggarkan mereka mengalami kerugian hampir RM 200,000.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dengan kekuatan lima anggota.

“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati rumah separa kayu dan batu hangus hampir 100 peratus namun kami berjaya mengawal api daripada merebak, lima minit selepas memulakan operasi.

“Punca dan nilai kerugian yang ditanggung masih dalam siasatan,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

fizafantagirO said...

Allahuakhbar , panjang umur ibu dgn anak-anak tu .. nasib baik sempat bertindak ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.