Budak 11 tahun Dirogol selepas dipaksa ambil dadah oleh Tujuh Lelaki | Kejadian Berlaku Di Petrajaya

Budak 11 tahun Dirogol selepas dipaksa ambil dadah oleh Tujuh Lelaki | Kejadian Berlaku Di Petrajaya | KUCHING – Seorang kanak-kanak perempuan diiringi beberapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat laporan polis petang kelmarin mendakwa telah dirogol tujuh lelaki selepas dipaksa mengambil dadah.

Difahamkan, mangsa yang berusia 11 tahun dan berasal dari kawasan Samariang, Petra Jaya telah berkenalan dengan beberapa lelaki sebelum dia didakwa dirogol.

Menurut sumber, mangsa mendakwa telah dipaksa untuk mengambil dadah sehingga menyebabkan dia khayal dan peluang tersebut digunakan kesemua suspek untuk merogolnya.
Bagaimanapun, waktu kejadian tersebut belum dapat dipastikan sehingga mangsa menceritakan perkara tersebut selepas dihantar oleh keluarganya kepada pihak JKM, kelmarin.

Selain itu, mangsa turut dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan selepas laporan polis dibuat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

“Laporan ada diterima dan pihak kita masih menjalankan siasatan berhubung kejadian,” katanya. -The Borneo Post.
P/S: Mujurlah Malaysia Masih Aman...

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Eylizar Homestay said...

Tak tau la apa nak jadi dengan budak2 sekarang ni...dah melampau- lampau sgt dengan rogol dan dadah ni..tangkap penjarakan mereka ni...biar diaorang serik sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.