Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Ditemui Mati Dalam Kebakaran | Kejadian Berlaku Di Meru Hill, Bandar Meru Jaya

Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Ditemui Mati Dalam Kebakaran | Kejadian Berlaku Di Meru Hill, Bandar Meru Jaya [GAMBAR] | IPOH 4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.

Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Ditemui Mati Dalam Kebakaran | Kejadian Berlaku Di Meru Hill, Bandar Meru Jaya

Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Ditemui Mati Dalam Kebakaran | Kejadian Berlaku Di Meru Hill, Bandar Meru Jaya
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.

Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.

“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.

Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.

- UTUSAN

p/s: bulan Ramadhan kali ini berbeza sekali dengan Ramdhan yang lepas-lepas berbagai peristiwa dan dugaan telah menimpa Umat Islam seolah-olah tiada titik noktahnya. Bermula Krisis di Timur Tengah dan jenayah yang semakin meruncing seperti tembakan dan pembunuhan dan kita masih ingat pembunuhan Jutawan Kosmetik Sosilawati yang dibunuh kejam dan kes terbaru ini Jutawan Kosmetik Produk Kecantikan Vida Beauty yang dikatakan disabotaj dan kita sebagai Umat Islam hendaklah mengakui dan beriman bahawa segala Qada Dan Qadar. Al- Fatihan kepada Mangsa

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.