Inilah Antara Perangai Buruk Rakyat Malaysia, Mementingkan Diri Sendiri | Tapau Makanan Di Rumah Terbuka [Gambar]

Inilah Antara Perangai Buruk Rakyat Malaysia, Mementingkan Diri Sendiri | Tapau Makanan Di Rumah Terbuka [Gambar] |  Ini lah perangai rakyat Malaysia yang aku lihat daripada kecil sampai sekarang, aku nak cerita sikit pengalaman aku di Masjid Besi semasa berbuka puasa pada bulan puasa baru-baru nie, kalau kat Masjid Besi dia makan secara buffet dan setiap lauk tu adalah orang yang jaga. Kebetulan pada hari tu staff x cukup jadi tiadalah orang jaga lauk pauk, nak dijadikan cerita manusia-manusia yang tidak ada hati perut yang beratur awal dia ambil lauk x ingat dunia sehingga penuh pinggan,  ramai orang yang tidak dapat makanan untuk berbuka pada hari tu, Sedih jangan cerita laa, bukan sebab aku x leh makan tapi budak-budak kecil x dapat makan cuma makan kurma jer...Berubah laa weii malu kak oram..

Satu lagi cerita member rumah aku kerja disatu jabatan Kerajaan, buat majlis berbuka puasa dan Jabatan tersebut jemputlah anak-anak yatim untuk berbuka bersama, kawan aku cerita staff pejabat sebelum azan dah kaut semua makanan yang disediakan sehingga tiada makanan untuk anak yatim, selepas solat Magrib anak-anak Yatim tu hendak makan tengok habis dah makanan, yang menyedihkannya makanan yang diambil oleh staff Jabatan tersebut bersepah di atas meja sehingga anak-anak yatim terpaksa makan hasil sisa mereka. Member aku balik maki-maki sebab bengang dengan manusia yang pentingkan diri sendiri nie.. berubah laa weiiii..
 
SEBELUM ini, sebuah akhbar ada melaporkan tentang tindakan memalukan segelintir orang yang tergamak ‘menapau’ makanan ketika menghadiri rumah terbuka.
 
 
Kemungkinan besar, mereka yang melakukannya kurang arif tentang konsep rumah terbuka yang diadakan bagi menjamu tetamu yang datang berkunjung bagi merapatkan ukhuwah sempena lebaran, bukan pesta makanan percuma ‘siapa cepat dia dapat’.

Kelakuan ini kurang beradab ini didapati berulang ketika majlis rumah terbuka anjuran Tun Mahathir semalam.

Terdapat pengunjung, sesetengahnya kelihatan agak berusia turut mencedok lauk pauk untuk dibawa pulang. Mungkin mereka dah terbiasa dengan majlis yasin ketika di kampung di mana makcik-makcik yang hendak pulang biasanya akan dibekalkan dengan lebihan lauk pauk selepas majlis berakhir agaknya.

Sesungguhnya ini adalah sikap yang amat memalukan, lebih-lebih lagi apabila aksi anda ketika mengaut lauk ditangkap dan beredar di laman-laman sosial. Nampak macam ‘hadap’ sangat makanan percuma gayanya.

Harap tiada lagi yang meniru perangai buruk menapau makanan rumah terbuka di musim-musim rumah terbuka sepanjang Syawal selepas ini. – MyNewsHub

Artikel Menarik Lainnya



6 comments:

boni kacak said...

adeh.. aku pulak yang rasa malu ni..hahaha

Kaki Sembang said...

kenapa nak malu lak boni kacak..kalau makan habis x pe, nie makan sikit buang kesian kt makanan..hehe

Yan Ty said...

Jemput la datang umah Ty tapi jangan seludup makanan sudah , hahaha

Anonymous said...

Yg kesian katerer, penganjur tuduh katerer x supply cukup makanan.

SEDAKA said...

Apakah mereka ini rakyat Malaysia atau pendatang yang yang ramai berada di Malaysia dan mengambil kesempatan bila mendapat makanan FREE.

SEDAKA said...

Apakah mereka ini rakyat Malaysia atau pendatang yang mengambil kesempatan apabila mendapat makanan FREE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.