Konsert Metallica Live In Malaysia [21 August 2013] Stadium Merdeka Kuala Lumpur | Di Manakah Sensitiviti Penganjur Dikala Umat Islam Sedang Menderita Di Mesir!!!

Konsert Metallica Live In Malaysia [21 August 2013] Stadium Merdeka Kuala Lumpur | Di Manakah Sensitiviti Penganjur Dikala Umat Islam Sedang Menderita Di Mesir!!! | Hari Rabu ini satu kumpulan Rock Heavy Metal yang di bentuk pada tahun 1981 di Los Angeles Amerika Syarikat dan merupakan Kumpulan Legenda dalam dunia muzik Rock dunia. Kumpulan Metalicca juga telah menerbitkan 9 album sepanjang penglibatan kumpulan ini di dalam dunia muzik, perggh aku peminat diaa beb.

Sebenarnya aku adalah salah seorang peminat tegar kumpulan ini, dan merupakan ikon dan ikutan semasa dibangku sekolah, sebenarnya tidak salah untuk mendengar muzik ini tetapi kena tahu lirik dan batasan agama itu sendiri. Pada hari rabu ini kumpulan Metalicca akan ke Kuala Lumpur dan mengadakan satu konsert di Stadium Merdeka.

Penganjur program ini iaitu Galaxy group Sdn Bhd telah menjual tiket awal dan kebanyakan tiket yang dijual sudah Sold Out, tiket-tiket bukan murah beb, tiket mencecah RM 615 hinggit dan kebanyakan semuanya sudah habis dijual, dan ramai kawan-kawan aku sanggup cuti untuk ke sana rabu ini.

Konsert Metallica Live In Malaysia [21 August 2013] Stadium Merdeka Kuala Lumpur

Amacam Brother sewaktu umat Islam menderita di Mesir kita boleh mengadakan konsert sedemikian rupa, dimanakah sensiviti kita. Bukan aku cemburu tapi sekadar menghormati dan merasakan kesedihan penderitaan saudara kita di Mesir. Sewaktu kita sedang bersuka ria, saudara kita di bunuh tidak kah gilaa!!.. Sepatutnya kerajaan harus sensitif dalam menangani perkara ini, mana Ulama Muda Kamu?, Mana Mufti ?, Mana JAKIM ?. Di manakah mereka sewaktu golongan muda seperti aku memerlukan mereka. Adakah mereka diperlukan sewaktu pilihanraya sahaja untuk memberi fatwa bahawa Haram menyokong lawan mereka!!!..Biadap sungguh merekaa!!..

Nah ini surat dari Seorang Pemuda Batu Pahat Untuk Menteri

Surat Terbuka Kedua untuk Menteri Belia Dan Sukan

Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal. Kita sesama muslim dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itu harapan kami.

Kami ulangi, YB telahpun dinaikkan oleh Allah swt ke jawatan Menteri Belia yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, “up to you”.

Pada 21 Ogos 2013 dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket telah dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan. Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB “…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..” kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?.

Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?.

Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.

YB,

Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Ahmad Nazri Khamis

Penyanyi  (1) ABC Band

Batu Pahat, Johor

Artikel Menarik Lainnya



14 comments:

Anonymous said...

Saya amat sedih kerana penganjur tidak menghormati sensitiviti umat islam kerana menganjurkan konsert Metallica tidak seperti penganjur konsert yang lain di Sepang,Astro dengan program live konsert dan Stesen TV dengan program hiburannya yang menghormati sensitiviti umat Islam.Saya amat sedih dan bantah konsert Metallica ini.

Anonymous said...

janganla bantah metallica je... bantah semua yg berunsur2 hiburan.

*aku yang masih ingat dan berdoa kepada saudara islam di mesir walaupun dengar dan enjoy lagu metallica*

Anonymous said...

Andalah anda mencari justification kerana anda sendiri tidak dpt pegi ke concert tersebut, kenapa carik jalan negative?
Lebih baik anda organise satu concert amal utk rakyat mesir utk tunjukkan support anda kepada mesir dr menyeru membatalkan concert metallica yg tidak ada kena mengena dgn issue mesir, baik anda bangkit sendiri dan tegakka kebenaran

Anonymous said...

Kenapa nak bantah konsert Metallica?. Konsert tu dah di rancang awal sebelum krisis Mesir yang terbaru.
Kenapa nak dengki? Kalau tak suka jangan datang konsert, buat je rancangan untuk solat hajat agar Mesir dan negara Islam lain semakin cemerlang.
Apalah kunonya fikiran kamu ni

Anonymous said...

Kenapa nak bantah konsert Metallica?. Konsert tu dah di rancang awal sebelum krisis Mesir yang terbaru.
Kenapa nak dengki? Kalau tak suka jangan datang konsert, buat je rancangan untuk solat hajat agar Mesir dan negara Islam lain semakin cemerlang.
Apalah kunonya fikiran kamu ni

Kaki Sembang said...

mati pun tidak dirancang, kalau bercampur lelaki dan perempuan dan kebanyakan nya tidak menutup aurat mana erti hormatnya bro..sedang saudara kita dibunuh kita masih melakukan maksiat yang di laknat Allah..Jangan pemikiran tu sekular sangat..

Anonymous said...

Jangan berfikiran terlalu kolot..cermin dulu diri tue sebelum mengeluarkan artikel2 seperti ini..adakah diri anda sudah sempurna..i luv islam..yg penting kite tau kat mane tahap diri kite..sembahyang tetap sembahyang..muzik tetap muzik..rock unite.!!!

Mari kite ramai2 sedekah kan al-fatihah kepada rakyat mesir..

TAKBIR.!!!!

Anonymous said...

Jangan berfikiran terlalu kolot..cermin dulu diri tue sebelum mengeluarkan artikel2 seperti ini..adakah diri anda sudah sempurna..i luv islam..yg penting kite tau kat mane tahap diri kite..sembahyang tetap sembahyang..muzik tetap muzik..rock unite.!!!

Mari kite ramai2 sedekah kan al-fatihah kepada rakyat mesir..

TAKBIR.!!!!

Anonymous said...

Pada para komentar, berhati hati ketika anda menjadi keyboard worrior. Pada stock2 yg sound penulis kuno tu ingat sket, semua benda yg anda cakap akan dihisab. Pergi ke concert metallica tu dah konfem2 hukumnya berdosa. ko lagi mau backup concert tu? muhasabah diri sket bro.

music man said...

pasal konsert pun nak kecoh..

Anonymous said...

Kepada saudara anonymous yg berckp pasal halal haram, kalo nk di ikutkan hampir semua benda didalam dunia sekarang adalah haram dr segi islam, issue pokok yg dibincang kan sebelum ini xde kena mengena tentang halal haram tetapi tentang issue politik dan dimana sokongkan anda sebagai saudara islam menyokong saudara islam yg lain dalam kesusahan
Jika anda isap rokok adalah haram anda menyokong pengusaha yahudi yg menguasai industri ini, jika anda menoton astro atau tv juga haram, melihat wanita2 dan lelaki yg tidak menutup aurat dan sebagai nya
Jadi cara yg paling baik ialah anda sendir perlu memilih cara mana paling baik utk mengelakakan pekara yg haram, jika seseorg memilih utk melihat concert dgn niat melihat ahli musiknya dan bukan perempuan2 yg x menutup aurat disana, tetap salah tetapi itu adalah pilihan individu tersebut, biar lah dosanya di hukum oleh allah swt dan ditentukan oleh allah dan bukan seorg manusia yg menjatuhkan hukum sesuka ati

Lagi pun saya baru balik dr concert metallica, james heitfiled menyatakan terima kasih kepada keluarga metallica di malaysia kerana memberi layanan yg baik sambil berkata it feels like we at home
Terima kasih

Anonymous said...

'Amir seorang kaki konsert,Kelab Malam atau segala yg maksiat..satu hri dier terjumpe dgn seorang pakcik,apbila mgetahui prangai amir.Pakcik itu memarahi Amir kerana melakukan maksiat dan mnsihati Amir dgn mencritakan penderitaan rakyat palestin (Peritiwa ini blaku pada tahun 90an sblum Arab Spring n Syria).Kerana maksiat adalah kesukaan Amir, dier mlawan pakcik tu dan mereka btikam lidah..Orang ramai sekliling meredakan keadaan itu..Amir beredar ke kelab utk melegakan perasaan marah,pakcik itu pulang dan mengomel kpada isterinya mngenai apa yg brlaku..mereka brmusuh hgga kini.. Amir dan pakcik itu..

Anonymous said...

Style gila artikel kaki sembang ni! Tahun ni kita xyah sambut raya jugak bro... kita menangis je sepanjang hari lepas tuh meratap sampai xleh beraya sebab mesir di landa krisis! Lepas tu kita pun sembunyi dalam rumah mcm kat mesir.. xpun kita xyah g surau/masjid utk solat Hari Raya Aidilfitri sebab sedih mesir di landa krisis. Nasihat ko memang berguna la bro, utk orang yang KAKI SEMBANG la. Klu nak berjaya xyah baca artikel ni, mengarut ja!

Anonymous said...

Time ni baru la nak ingat2 Tuhan and sedara2 islam. Time lain ada korang ingat mengingat satu sama lain..? Solat lu mcm mana hari lain2? Zakat lu mcm mane? Hubungan silaturrahim ngn sedara2 lu mcm mane?..tipikal la.. Tmpt lu org sendiri pun belum tentu lu jaga baik..ni plak tmpt lain? Seolah2 tade ruang n waktu lain lu nk nak buat amal.. Time metallica datang baru nak jadi baik ke? Bnyk sngt org sekeliling aku mcm lu..konsert setan la ape la..padehal lg teruk..kaki fitnah n ngumpat... Gua layan metal tapi tak hipokrit.. Rukun Islam yg wajib tetap gua jaga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.