Lagi Kes Tembakan Di Temerloh | Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tembakan Di Kepala Dan Badan

Lagi Kes Tembakan Di Temerloh | Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tembakan Di Kepala  Dan Badan | Temerloh: Seorang lelaki ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan termasuk dua di kepala dalam kejadian di Kampung Buntut Pulau, di sini, kelmarin.

gambar-kes-bunuh-di-temerloh.jpg
Gambar Hiasan
Mayat mangsa, Abd Majid Abd Rahman, 47, beralamat di Taman Setia, di sini, yang juga seorang penjual ikan ditemui orang awam di kawasan pam pasir kampung berkenaan jam 9.05 malam sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat dan meninggal dunia akibat tembakan di kepala dan dada.

Katanya, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penemuan itu dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat terkena tujuh das tembakan iaitu dua di kepala, dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.

“Isteri mangsa memaklumkan suaminya keluar dari rumah mereka pada 18 Ogos (Ahad) lalu.

“Dia (isteri) kemudian mencari suaminya itu dan menemui kereta jenis Proton Perdana milik mangsa di kawasan pam pasir itu pada 21 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Zakaria berkata, isteri mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kehilangan Abd Majid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada hari sama sebelum mayat mangsa ditemui malam kelmarin.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- Terengganu Today

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.