Niat Suami Untuk Bunuh Diri Terbantut, Isteri Sempat Menyambar Seluar Dalamnya..[Gambar]

Niat Suami Untuk Bunuh Diri Terbantut, Isteri Sempat Menyambar Seluar Dalamnya..[Gambar] | - Changchun (China): Cubaan seorang lelaki membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.

Menurut saksi Wang Li terkapai-kapai tergantung selama 20 minit sebelum polis dan anggota bomba tiba untuk menyelamatkannya. Ling cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap bilik tidurnya di tingkap atas bangunan enam tingkat di Changchun ibu negeri wilayah Jilin, utara China.

Niat Suami Untuk Bunuh Diri Terbantut, Isteri Sempat Menyambar Seluar Dalamnya..[Gambar]
 
Keadaan menjadi sukar kerana pintu bilik tidur pasangan terbabit berkunci dari dalam dan menghalang anggota penyelamat bertindak lebih pantas.

Seorang saksi berkata mereka terdengar jeritan seorang lelaki dan terkejut apabila mendongak dan mendapati seorang lelaki tergantung dengan seluar dalamnya dipegang seorang wanita.

“Wanita terbabit kemudian merangkul kaki suaminya untuk mendapatkan cengkaman lebih kuat,” katanya. Beberapa orang cuba membantu dengan pergi ke rumah pasangan terbabit tetapi terhalang kerana pintunya berkunci.

Mereka juga gagal memecahkan pintu rumah itu. Detik dramatik itu berakhir selepas Wang, 45, ditarik ke dalam bangunan oleh pasukan penyelamat.

Sumber berkata Wang cuba membunuh diri kerana tertekan akibat menganggur. – Agensi

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.