Tulisan Celupar Dan Bercelaru Dari Akhbar Utusan Kerana Menggelar Ikhwan Muslimin Sebagai Pelampau | ISMA Gesa Laporan Itu Ditarik balik

Sungguh bercelaru dan biadap akhbar Nasional Malaysia menggelar Ikhwan sebagai pelampau, dan kita tengok akhbar ini seolah-olah tidak mempedulikan keganasan dan pembunuhan besar-besaran oleh tentera, samseng upahan As Sisi Laknatullah dan hanya mendengar disebelah pihak sahaja. Di mana etika kewartwanan mereka, di mana hati perut mereka..Semoga Allah memberi hidayah kepada penulis dan penerbit akhbar ini.

BANGI, 18 Ogos – Ikatan Muslimin Malaysia menggesa akhbar Utusan agar menarik balik satu laporan berita yang disiarkan dalam akhbar itu hari ini yang mengatakan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai pelampau yang menjadi punca pergolakan Mesir. 
Akhbar Utusan Menggelar Ikhwan Muslimin Sebagai Pelampau
Sila Klik Untuk Besarkan
Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman berkata, laporan itu disifatkan sebagai laporan yang berat sebelah dan tidak benar sama sekali.

Beliau juga menggesa agar Utusan dan media tempatan lain lebih berhemah dalam membuat laporan dan tidak hanya berpandukan kepada laporan berita agensi-agensi berita barat sahaja.

Hari ini akhbar Utusan menyiarkan satu laporan agensi berita yang bertajuk ‘Pelampau punca Mesir bergolak’ yang memetik kenyataan penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy yang merujuk gerakan Ikhwan Muslimin yang menyertai perhimpunan pro Morsi sebagai pelampau.

Berita itu disiarkan di muka surat 20 dan juga di Utusan Online.

Sebaliknya media baru seperti facebook dan twitter pula mendedahkan keadaan sebenar kekejaman tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak bersalah namun ia tidak mendapat liputan media arus perdana tempatan dan antarabangsa.

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

boni kacak said...

sebab tu aku malas nak baca surat khabar dan dengar media massa semata2.. semuanya tak telus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.