AES mencatatkan kelajuan Paling Tinggi iaitu 789k/.hr

AES mencatatkan kelajuan Paling Tinggi iaitu 789k/.hr|Gila lah laju giler Hilux nie bawak kalah Ferrari..Nie dah kira pecah rekod dunia nie, aku nak ulas panjang-panjang takut gambar nie diedit.

Apapun AES nie memang aku x setujulah meyusahkan rakyat dan menguntungkan kroni, cukuplah dengan cukai-cukai yang membebankan jangan lah menyusahkan plak dengan saman AES nie..Bukan setakat pembangkang saja yang tidak setuju malahan Pro Kerajaan pun bantah. Jom Baca

KUALA LUMPUR: Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap sebagai menyusahkan pengguna lebuh raya.

 
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota Melaka Sim Tong Him berkata beliau meragui sama ada pelaksanaan AES itu hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata
 
“Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya.

“Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap untuk mengaut keuntungan,” katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah suatu yang sia-sia jika punca utama kemalangan, iaitu sikap pemandu masih tidak berubah malah merisikokan pengguna lain apabila wujud papan tanda amaran yang mengelirukan.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pula berkata, beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula AES supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu.

Gesaan itu turut disokong Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu pelaksanaannya ditangguhkan sementara satu kajian menyeluruh dibuat supaya tidak membebankan rakyat.

“Kita berharap perkara ini ditangguhkan…jangan menganiaya rakyat.

“Kalau boleh kita harap kerajaan juga dapat mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini,” katanya.

Papan tanda amaran

Sementara itu Ahli Parlimen BN-Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad pula mencadangkan agar lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati.

AES adalah sistem kamera penguatkuasaan automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan penggunaan kamera AES yang dipasang di beberapa lokasi tertentu.

Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan.

Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. ~fmt
Read More

Rosmah Mansor Pula Bersumpah!

Rosmah Mansor Pula Bersumpah!|Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor berkata beliau berani bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak mempunyai cincin bernilai RM24 juta seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Bagaimanapun, Rosmah mengakui beliau ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamerkan "kepada orang yang ada duit".

"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.

"Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis cerita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus tetapi dipercayai beliau merujuk kepada dakwaan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham, yang juga dikenali oleh nama blognya - Chegubard - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dari New York dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.



P/S: kalau sumpah menyumpah je dpt selesaikan masalah..x mustahil lepas2 ni penyangak..perogol ramai yg bersumpah untuk mengelakkan dia terlibat.

AL QALAM:

[10]Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -

[11]Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untu
k memecah belahkan orang ramai), -

[12]Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -

[13]Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

[14]Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -


Sumber: FB Bus Man 
Read More

Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi

Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi  Lawak Listen |

Sambil-sambil sembang dengan saing, sambil tengok Maharaja Lawak 2012 akhir. Apa yang menarik sekali dan menarik perhatian aku adalah Kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin, Nabil dan Harun Salim Bachik. Lawak Boboi malam nie penuh dengan makna siap buat lawak menyindir Jom terjah video ini. Walaupun ditempat keempat tapi lawak penuh dengan sindiran dan kualiti
Idea sama ngn Mat Lufti..haha Listen Listen Listen.. Keputusan Maharaja Lawak 2012 Akhir |Jozan Juara, kedua Jambu, ke tiga Shiro, Keempat Boboi. Lepas nie Boboi terpaksa lah mengadap media nak jawab isu Lawak Listen nie..hehe

Read More

FAKTA - HIKMAH RASULULLAH SAW MELARANG UMMATNYA MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI

FAKTA - HIKMAH RASULULLAH SAW MELARANG UMMATNYA MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI|“Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri”. Qotadah berkata: “Bagaimana dengan makan?” beliau
menjawab: “Itu lebih buruk lagi”. (HR. Muslim dan Turmidzi)
“Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!” (HR. Muslim)


Dr. Abdurrazzaq Al-Kailani berkata: “Minum dan makan sambil duduk, lebih sehat, lebih selamat, dan lebih sopan, karena
apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lembut. Adapun
minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, menabraknya dengan keras,
jika hal ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan melar dan jatuhnya usus, yang kemudian
menyebabkan pernah sekali minum sambil disfungsi pencernaan. Adapun Rasulullah berdiri, maka itu dikarenakan ada
sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan
merupakan kebiasaan. Ingat hanya sekali karena darurat!

Begitu pula makan sambil berjalan, sama sekali tidak sehat, tidak sopan, tidak etis dan tidak pernah dikenal dalam Islam dan
kaum muslimin.

Dr. Ibrahim Al-Rawi melihat bahwa manusia pada saat berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat

saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga bisa berdiri stabil dan
dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan syaraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak bisa mencapai ketenangan yang merupakan syarat tepenting pada saat makan dan minum.

Ketenangan ini bisa dihasilkan pada saat duduk, dimana syaraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga
sistem pencernaan dalam keadaan siap untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Dr. Al-rawi menekankan bahwa makanan dan minuman yang disantap pada saat berdiri, bisa berdampak pada refleksi saraf
yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi
usus. Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, bisa menyebabkan tidak berfungsinya saraf (Vagal Inhibition)
yang parah, untuk menghantarkan detak mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pingsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus –menerus terbilang membahayakan dinding usus dan memungkinkan
terjadinya luka pada lambung. Para dokter melihat bahwa luka pada lambung 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa
bebenturan dengan makanan atau minuman yang masuk.
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang bisa
membuka (sehingga air kemih bisa lewat) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’
penyaringan yang berada di ginjal. Nah, jika kita minum berdiri air yang kita minum tanpa disaring lagi. Langsung menuju
kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan disaluran ureter. Karena banyak
limbah-limbah yang menyisa di ureter.

Inilah yang bisa menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu
penyebabnya. Sebagaimana kondisi keseimbangan pada saat berdiri disertai pengerutan otot pada tenggorokan yang
menghalangi jalannya makanan ke usus secara mudah, dan terkadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang
mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang bisa kehilangan rasa nyaman saat makan dan minum. Oleh karena itu
marilah kita kembali hidup sehat dan sopan dengan kembali ke pada adab dan akhlak Islam, jauh dari sikap meniru-niru gaya
orang-orang yang tidak mendapat hidayah Islam.
Posted by Helm Dah
Read More

Kameraman paling berani di dunia ( VIDEO )

Kameraman paling berani di dunia|Apa perasaan kita bila berdepan dengan Kereta Kebal Bashar Al-Assad Laknatullah nie..bukan nak tunggu mesti kite tembor awal-awal lagi ork..hehe

Nielah kekuatan Mujahidin di sana meraka rela berkorban nyawa demi menuntut sebuah keadilan yang sudah lama hilang di Syria. Mereka sanggup mengambil video untuk di tonton oleh kite semua walau pun nyawa menjadi taruhan..
 
Hari ini ambe ishtiharkan bahawasanya kamulah kameraman yang paling berani di dunia..hehe
Read More

Warga Emas Dibelasah Bekas Menantunya Sehingga Mati

Warga Emas Dibelasah Bekas Menantunya Sehingga Mati - Ipoh : Seorang warga emas koma tiga hari sebelum meninggal dunia Ahad lalu apabila dibelasah bekas menantunya yang juga seorang juruteknik dalam kejadian, di Taman Menglembu, petang Selasa lalu.
Mangsa, Lee Kaw Chai, 68, parah di kepala dan muka sebelum dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, sehari kemudian tetapi koma selama tiga hari sebelum maut.

Dalam kejadian jam 1.45 petang, Selasa minggu lalu, mangsa dikatakan bertemu suspek di taman perumahan itu bagi membincangkan proses penjualan rumah atas nama suspek dan bekas isterinya.
Bagaimanapun, perbincangan berkenaan bertukar tegang apabila suspek yang berusia 52 bertindak memukul mangsa di kepala dan badan menyebabkan mangsa cedera parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong yang ditemui wartawan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu yang pada mulanya diklasifikasikan sebagai kes mencederakan orang. – Metro
Read More

Perlawanan Bola Johor Dan Kelantan Ibarat Medan Perang?

Perlawanan Bola Johor Dan Kelantan Ibarat Medan Perang |

KelantanFA.com

Bos..baik gi jago di Palestin nuh..Rama lagi hok memerlukan perlindungan..Ore kelate ni baik baik belako tadok sapa nok katok ore kalu ore tok buat hal dulu..cumo hok pekong bedil 2 3 ore tu jah hok tok berapo nok ceridik..

Kito ore kelate kemah keming..Bos besar Jeneral ATM pun ore kelate..Pasuke ATM pun tadok duk bowok tentero bersenjata laguni.Tok bersungguh pun tak apo bos wei..

Foto : The Red Warriors Malaysia


  Terkejut aku lihat gambar nie, teruk sangat ke penyokong Kelantan sampai macam nie sekali. Minta FAM ambil cakna tentang masalah nie. Aku ingatkan kt Palestin rupanya Kota Bharu..hehe

lol sungguh benar bukan boleh mati syahid pun..
Read More

Ac Mizal Mengamuk Patrick Teoh Hina Islam

Ac Mizal Mengamuk Patrick Teoh Hina Islam| - Secara tiba-tiba, kecoh dengan cerita dari seorang pelakon Cina, Patrick Yeoh yang dikatakan bersikap kurang ajar dan mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman.

Patrick juga telah mengeluarkan kenyataan seperti menghina agama Islam menerusi laman Facebooknya.

Tindakan pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan itu adalah kerana satu peraturan dikeluarkan oleh kerajaan di negeri Utara Semenanjung sekiranya ingin mengadakan persembahan dalam ‘1 Malaysia Chinese New Year Celebration 2013’.

Ekoran dari kenyataan ‘kasar’ dari Patrick, keadaan menjadi kecoh dalam industri seni tanah air.
 Pelakon-pelakon lain, Datuk AC Mizal, Tomok OIAM dan Danny X-Factor telah naik angin dengan suara kenyataan kasar Patrick.

 
Bagi mereka, Patrick terlalu biadap dan kurang ajar kerana telah menghina kaum serta agama lain di Malaysia.

Nampaknya, bukan sahaja dunia politik Malaysia punyai pelbagai ragam, industri hiburan tempatan juga semakin hari semakin ‘rancak’ dengan isu-isu yang sensitif. – Murai

P/S: Patrick dah mintak maaf, aku harap ajaran Islam korang jgn ganggu, ada benda kite boleh bincang agama Islam lu jgn kacau.

Satu lagi mana pertubuhan yang selalu buat demo tuk Islam dan Akidah kat Malaysia, kasi laa demo sikit nie senyap seribu bahasa..X boleh duit kah..ptuiiih
Read More

Dicekup Dalam Keadaan Berbogel Janda Anak Satu BersamaTeman Lelaki Asing

Dicekup Dalam Keadaan Berbogel Janda Anak Satu BersamaTeman Lelaki Asing | - DUNGUN : Seorang janda montel kemaruk seks dicekup dalam keadaan berbogel bersama pasangannya di sebuah bilik hotel murah, dekat sini, pagi semalam.

Ketika serbuan di sebuah hotel murah di bandar Kuala Dungun, kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan dalam keadaan memalukan dan hanya menutupi badannya dengan selimut dibekalkan pihak hotel.

Dengan pelaburan RM15 untuk menyewa bilik hotel murah, janda beranak satu yang difahamkan sudah dua tahun kesepian setelah bercerai dengan suaminya itu mendaftar masuk kira-kira jam 7 petang sebelum menghubungi teman lelakinya yang tinggal di Kuala Terengganu untuk dijadikan pasangan bagi menyempurnakan aksi panas.

Walaupun terpaksa menaiki bas awam sejauh hampir 80 kilometer, buah hati janda berkenaan yang bekerja di kedai aluminium di Kuala Terengganu itu sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi keinginan seks pasangannya yang bekerja sebagai tukang masak.

Janda terbabit ketika pengakuan beberapa kali melakukan hubungan seks dengan teman lelaki ‘import’ yang masih bujang itu dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah saudara angkatnya di Kuala Terengganu. – paapaada.blogspot

Read More

Wanita Dirogol Bergilir-GIlir Kemudian Gambarnya Dalam Keadaan Bogel Dirakam

Wanita Dirogol Bergilir-GIlir Kemudian Gambarnya Dalam Keadaan Bogel Dirakam | - Klang : Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.

Wanita Dirogol Bergilir-GIlir Kemudian Gambarnya Dalam Keadaan Bogel Dirakam

Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.

Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan.
“Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu lokasi sebenar kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro difahamkan, mangsa turut mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas.
Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di kawasan perumahan di Shah Alam.

Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis. – Metro
Read More

Dr Mohd Asri Jemput Bawani Jadi Tetamu Beliau

Dr Mohd Asri Jemput Bawani Jadi Tetamu Beliau | Dr Mohd Asri says......listen listen listen itu membangkit jiwa yang merdeka bahawa keadaan begini harus diubah segera demi kebebasan intelek.
The listen listen listen incident cause a independent spirit and such a situation should be change immediately for the sake of intellectual freedom.

 Kes Bawani menjadi bualan yang hangat di facebook dan tweeter dan merupakan fenomena kebangkitan anak muda menyatakan kebenaran di hadapan sang penguasa. Semua pihak telah menyatakan sokongan terhadap Bawani dan mengutuk Puan Zohra Jabeen Mohon dan memohon beliau meminta maaf.

Terbaru Khairy Jamaluddin selaku ketua Pemuda UMNO menyatakan Puan Zohra Jabeen  menyatakan bahawa Puan Zohra Jabeen tidak mewakili UMNO..hehe kelakar pun ada.

Apa pun aku berharap diadakan satu debat terbuka antara Bawani dan Puan Zohra Jabeen supaya rakyat dapat menilai dengan adil bukannya menafikan hak Biwani untuk menyatakan pendapat beliau.

 
Read More

Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM Minta Puan Zohra Jabeen Mohon Maaf Kepada Bawani


Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM Minta Puan Zohra Jabeen Mohon Maaf Kepada Bawani | Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.

INTAFF Society Committee 2012 via We Are All Bawani

SEWAKTU MAHASISWI BERBANGSA INDIA YANG BERNAMA BAWANI KS BERDIRI UTK MEMBINCANGKAN DAN MENYUARAKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TENTANG BERSIH DAN SOALAN MENGAPA MSIA TIDAK MAMPU UTK MENAWARKAN PENDIDIKAN PERCUMA SPT NEGARA2 LAIN...... TEMAN LIHAT MAJORITI MAHASISWA YANG DUDUK DIAM ADALAH MAHASISWA2 BERBANGSA MELAYU YG SEDIKIT PUN TIDAK BERANI BANGUN ATAU SAMA-SAMA BERSUARA MEMPERTAHANKAN LUAHAN HATI BAWANI....

Sumber: FB
Read More

Seorang Ibu Hilang Sabar Anak Dirogol Dan Dipukul

Wanita Hilang Sabar Anak Dirogol Dan Dipukul - Kuala Lumpur : Selepas lebih dua tahun mendiamkan diri terhadap tindakan teman lelaki anaknya memukul dan merogol mangsa, seorang ibu akhirnya tampil membuat laporan polis selepas lelaki itu melarikan anaknya.

Sumber polis berkata, mangsa yang berumur 19 tahun itu dikatakan sudah menjalin hubungan cinta dengan suspek berusia 27 tahun sejak awal tahun lalu.

“Pada mulanya ibu mangsa merestui hubungan cinta itu, namun selepas beberapa bulan suspek sering memukul mangsa hingga cedera.

“Bagaimanapun, wanita itu tidak membuat laporan polis kerana suspek memohon maaf dan berjanji berubah.

“Biarpun suspek pernah merogol mangsa, namun wanita itu masih bersabar selepas suspek menyatakan kesanggupannya untuk bertanggungjawab,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pada 16 Disember lalu, wanita itu hilang sabar apabila suspek melarikan anak perempuannya sebelum mangsa ditemui di sebuah rumah di Skudai, Johor pada 10 Januari lalu.

Sumber itu berkata, ibu berkenaan membuat laporan polis selepas anaknya memberitahu dia dikurung suspek sepanjang tempoh berkenaan. – Metro

Read More

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja. Kerana Meramal BN Kalah Pilihanraya ke- 13

KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."

Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen seorang penyokong Pakatan menerusi Twitter.
Maklumat Azrul digantung diberitahu oleh peguam Nadiah Fadwa melalui twitternya. Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Kemunikasi PKR mengesahkan perkara itu melalui Suara Keadilan.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya  itu, dengan mengatakan  “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata;

“Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.

PRU perlu dipercepatkan

Hujung Julai 2012, Azrul  dilaporkan berkata, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat (pertengahan tahun 2012) berbanding ditangguhkan kepada tahun depan (2013).

Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman.

Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul.

Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka.

"Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

"Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat.

"Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan.

Sumber: Harakah daily.net


P/S: Jika disebabkan perkara kecil macam nie pun digantung kerja memang teruk lah sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia..
Read More

Live Streaming Terengganukini.net

Read More

Gila ( Video ) - Wanita Kencing dan mandi dalam keretapi

[Video] Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi! - Tak tahulah apa punya perangai gila.
Ada-ada saja cara orang mencari perhatian.

Rakaman video di bawah ini memperlihatkan seorang perempuan tampak membasahi dirinya lalu mandi semasa dalam perjalanan dengan kereta bawah tanah di New York, AS.

Sebelum dia yang bersama seorang teman kelihatan kencing dalam sebuah bekas (kalau tak silap la) dan kemudiannya mula mandi.

Ramai penonton Youtube beranggapan apa yang berlaku telah dirancang dan merupakan satu publisiti murahan. – MyNewsHub

Read More

Kejam Polis Paksa Peniaga Minum Air Kencing

 gambar hiasan
 Polis Paksa Peniaga Minum Air Kencing - Polis Singapura semalam berikrar untuk menyiasat aduan seorang ahli perniagaan tempatan yang mendakwa didera selepas ditangkap atas tuduhan menjual peranti Apple bernilai jutaan dolar.

Ong Su Ping, 32, berkata, polis memaksanya meminum air kencing mereka, memasukkan berus tandas ke dalam mulutnya, menyungkup kepalanya dengan seluar dalam yang sudah diguna, menarik rambutnya dan menyerang kemaluannya,” lapor akhbar Straits Times.

Ong yang berdepan dengan tuduhan menerima 3,400 peranti iPad dan iPhone yang dicuri bernilai Sg$1.4 juta (RM3.42 juta) memberitahu mahkamah semalam, penderaan itu berlarutan empat jam dan dia kemudian sering mengigau kerananya.

Bapa Ong memberitahu akhbar itu, anggota keluarganya tidak dibenar menemui atau bercakap dengannya sejak sembilan hari lalu.

Dakwaan itu mendorong hakim mencadangkan kepada polis supaya seorang pegawai yang tidak terbabit dengan penangkapan ahli perniagaan itu menyiasat dakwaan berkenaan. – AFP

Read More

Remaja Dipenggal Kepala Kerana Tolak Pinangan

Gila!!Remaja Dipenggal Kepala Kerana Tolak Pinangan - Afghanistan : Gara-gara pinangannya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam dengan memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun dalam satu kejadian menyayat hati di utara Afghanistan.

Mangsa dikenali sebagai Gisa, telah diserang oleh lelaki berkenaan yang juga sepupunya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil air di telaga.

Suspek, Sadeq dan saudaranya Massoud telah ditangkap susulan pembunuhan berkenaan.
Kedua-duanya merupakan saudara terdekat kepada Gisa, dan mereka juga menetap di perkampungan yang sama.

Menurut polis, bapa mangsa menolak pinangan berkenaan memandangkan anak gadisnya itu masih muda, justeru dia tidak mahu gadis itu berkahwin awal.

Biarpun undang-undang keganasan terhadap wanita digubal pada 2009, namun perkahwinan paksa melibatkan remaja bawah umur dan wanita masih berlaku.

alah undang-undang yang menghalang perbuatan seumpama itu masih sukar untuk dilaksanakan.
Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula menjangkakan pelaksanaan undang-undang itu akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Sehingga Mac tahun lalu, pertubuhan hak asasi manusia merekodkan sebanyak 2,000 kes dilaporkan melibatkan keganasan terhadap wanita di Afghanistan.

Keadaan dijangka bertambah buruk apabila tentera asing berundur dari negara berkenaan menjelang 2014. – MyNewsHub

Read More

Dipenggal Kepala Dan Dibakar Untuk Merahkan Batu Bata

Kepala Dipenggal Dan Dibakar Untuk Merahkan Batu Bata - DHAKA : Empat buruh ditahan kerana disyaki membunuh seorang lelaki sebelum memenggal kepala mangsa untuk dicampak ke dalam relau dengan harapan ia mampu menjadikan batu bata tanah liat diusahakan mereka lebih merah, kata polis semalam.

Ketua polis tempatan, Golam Sarwar Bhuiyan, berkata mangsa adalah penduduk tempatan dan berusia 26 tahun.

Katanya, kejadian berlaku di kawasan terpencil di utara Bangladesh.
“Pembunuhan itu diarah pemilik kilang batu bata berkenaan yang tidak puas hati dengan produknya kerana kurang merah walaupun suhu membakarnya mencukupi,” katanya.

Golam Sarwar berkata, pemilik kilang itu mengunjungi seorang bomoh bagi mendapatkan nasihat mengenai masalahnya.

Kata Golam Sarwar, bomoh itu kemudian mencadangkan dia membakar kepala manusia.
“Bomoh terbabit mendakwa relau itu perlukan korban manusia untuk dipulihkan,” katanya.
Sehingga semalam, kata Golam Sarwar, polis masih cuba mengesan bomoh dan pemilik kilang berkenaan.

Batu bata tanah liat mendapat permintaan amat tinggi di kawasan luar bandar Bangladesh.
Ciri warna merah selalu menjadi pilihan dan menentukan harganya kerana dianggap menjadi bukti ia dibakar dengan baik dan tahan lama. – paapaada.blogspot

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.