7 PENGEMIS TERKAYA DI DUNIA

7 PENGEMIS TERKAYA DI DUNIA
Siapa yang menyangka bahwa pendapatan seorang pengemis dapat melebihi pendapatan seorang buruh. Banyak cara digunakan olehnya, mulai dari membuat penampilan lusuh, menggunakan bantuan hewan, anak kecil, bahkan sampai menggunakan penyakit yang dideritanya sendiri, seperti cacat fisik. Kenyataannya pengemis di indonesia saja bisa menghasilkan beberapa juta dalam sebulan. Tapi anda tahu berapa penghasilan yang bisa dihasilkan pengemis di luar negeri dalam sebulan?

Amerika

Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi di lain sisi juga banyak yang hidupnya berada di garis kemiskinan. bagi orang-orang seperti itu, mengemis dianggap sebagai cara modern paling efisien untuk menghasilkan wang.
Sebuah pasangan pengemis bernama Jason Pancoast dan Elizabeth Johnson menggambarkan dirinya sebagai 'pengemis kaya'dari Oregon. Pasangan ini bisa menghasilkan $ 30-40.000 dalam setahun hanya dari mengemis. jika sedang sepi, mereka dapat mengumpulkan $ 20 sampai $ 50 sehari, tetapi jika sedang ramai penghasilan harian mereka dapat mencapai $ 300. Bahkan jika sedang beruntung mereka dapat mengumpulkan uang $ 800 dalam sehari!! (kalo dirupiahin sekitar Rp. 7 juta-an). Bayangkan, gaji seorang pengurus di Indonesia saja kalah dengan pengemis.
Australia

Di Sydney, pekerjaan mengemis dilakukan oleh kaum 'homeless'. Seorang pengemis hanya memerlukan duduk selama 16 jam perhari sambil menengadahkan tangannya di kawasan ramai di daerah George and Market Sydney CBD dapat mengumpulkan wang sebanyak $ 400 sehari atau setara Rp. 3 juta-an.
Itu jika sedang beruntung, jika sedang sepi maka ia hanya mendapat $ 175 per hari. Pengemis di sana menabungkan wangnya di bank seminggu sekali.

Cina

Mengemis di sana bukan lagi sebuah cara untuk mendapatkan makan atau bertahan hidup, tetapi sudah menjadi pekerjaan rutin setiap harinya. sebuah survey di cina, setidaknya terdapat 800 orang pengemis di Guangzhou saja. Biasanya pengemis di sana melakukan pekerjaan itu karena sebuah kecacatan atau penyakit yang dideritanya.
Pemasukan harian mereka rata-rata mencapai 20 sampai 100 yuan, atau setara dengan Rp. 30.000-150.000 sehari. Dalam sebulan mereka boleh mendapatkan lebih dari Rp. 4 juta.

Arab

Arab merupakan salah satu negara yang sudah maju. Biasanya pengemis-pengemis disana memanfaatkan moment disaat orang-orang datang ke mesjid untuk sholat. Seorang pengemis muda mengatakan biasanya ia meninggalkan istri dan anak perempuannya di depan mesjid untuk meminta-minta.
dan hal itu memang cukup efisien. dalam sehari ia bisa mengumpulkan wang sebanyak 300 riyal, atau setara Rp. 700-an ribu. dalam sebulan pengemis-pengemis itu mampu mengumpulkan wang lebih dari 15 juta rupiah. bahkan ada seorang pengemis yang tertangkap dan ketahuan menyimpan wangnya sebanyak $ 19.300.. wowwww... itu setara 220 juta rupiah bro..!!

Rusia

Di Moskow, beberapa shelter dan rumah sakit adalah tempat bagi para pengemis. pengemis-pengemis di sana biasanya merupakan orang-orang yang kehilangan pekerjaannya ataupun imigran gelap.

Lebih dari setengahnya merupakan orang-orang yang berusia dibawah 45 tahun. Rata-rata pengemis di sana mendapat 200-300 rubles per jam. berarti dalam sehari mereka dapat mengumpulkan wang sebanyak Rp. 880 ribu (kalo jam kerjanya cm 1o jam lho). Bahkan pendapatan mereka perbulannya dapat mencapai 80.000 rubles, atau setara 23 juta rupiah..!!

Morocco
Seorang pengemis wanita berusia 63 tahun mempunyai tabungan di bank dengan jumlah 320.000 dirham, atau setara dengan Rp. 332 juta!! Dia juga mempunyai perhiasan dan rumah yang bagus. wowww!!!
Menurut sebuah penelitian, 62,4% pengemis disana adalah pengemis-pengemis profesional. Mereka dapat mengumpulkan rata-rata 200 dirham atau setara Rp. 200 ribu dalam sehari. Itupun belum termasuk saat momen-momen tertentu, yang biasanya bisa dapat lebih banyak lagi. Dalam sebulan rata-rata mereka mendapat 6000 dirham (Rp. 6 juta-an).

Indonesia

Wah.. ternyata pemasukan pengemis indonesia cukup tinggi juga.
Cak To, pengemis asal surabaya, punya 2 sepeda motor, sebuah mobil CR-V, dan empat rumah. semua itu didapatkannya dari hasil mengemis!! (Bos pengemis maksudnya).
Ya memang bukan dia sendiri yang meminta-minta. penghasilan yang ia dapat Rp 200 ribu hingga Rp 300 ribu per hari, yang berarti Rp 6 juta hingga Rp 9 juta per bulan.7 PENGEMIS TERKAYA DI DUNIA"


Sumber Facebook

Read More

Gantung Motor Pencuri Di Tiang Telefon!

 Gantung Motor Pencuri Di Tiang Telefon! kampung aku nie..hehe - Kuala Terengganu : Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.

Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan.

Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang.

“Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.

Sumber: Mynewshub,  Gantung Motor Pencuri Di Tiang Telefon!

P/S: Rakyat susah sekarang nie Pisang pun sudah tak selamat..hehe nasib pencuri tu x gila jika dak mati dibelasahnya orang kampung seperti kejadian yang berlaku di sini ( Sila tekan )
Read More

Anggota Polis, Samseng Di Dakwa Belasah Lelaki India C Sugumaran Bergari Hingga Mati

 Anggota Polis, Samseng Di Dakwa Belasah Lelaki India  C Sugumaran Bergari Hingga Mati| 
Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.
 Berpunca daripada anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.
 
Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.

Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari

.
Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.
"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.
Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.

Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadann. Celaka! Dah mati tapi masih gari.

" Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.
Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.

Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa.... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.


Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.

"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.


Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini. Sumber: Addin, Anggota Polis, Samseng Di Dakwa Belasah Lelaki India  C Sugumaran Bergari Hingga Mati
Read More

Tok Guru Dan Tukang Gunting Rambutnya

Tok Guru Dan Tukang Gunting Rambutnya|(gambar TG Nik Aziz sedang menggunting rambut di kedai guntingnya sejak puluhan tahun lalu)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui setiap dua minggu sekali beliau akan menggunting rambut.

Menurutnya, jika tidak berbuat demikian beliau menjadi tidak selesa kerana akan terasa pening atau sakit kepala.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut bernama Gedai Gunting Rambut Kota Bharu Indah.

Kedai gunting ini yang telah beroperasi sejak tahun 1967 terletak di bawah Bangunan PAS Negeri Kelantan, di Jalan Dato’ Pati.

Tuan Guru memberitahu, selepas pulang dari Mesir tahun 60-an, beliau terus menggunting rambut di kedai berkenaan sehingga sekarang.

“Sejak saya pulang dari Mesir dulu sampai sekarang inilah tempat saya menggunting rambut.

“Setiap dua minggu sekali saya akan datang ke sini untuk menggunting rambut,”ujarnya.

Hari ini Tuan Guru diguntingkan rambutnya oleh Abdul Hamid Sheikh Mubarak
Read More

Bakar Motosikal Isteri, Penganggur Dijel

 Bakar Motosikal Isteri, Penganggur Dijel| - KOTA BHARU : Seorang penganggur menerima balasan atas perbuatannya membakar motosikal milik isterinya pada Sabtu lalu apabila Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap tertuduh.

Mohd. Zulkarnain Mohamad Sapi (gambar), 33, didakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang memfailkan perceraian di mahkamah.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd. Zulkarnain selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat itu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zulkarnain didakwa membakar motosikal Ritz RU110 milik isterinya, Che Norlizawati Che Mohd. Noor, 30, di sebuah rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan Sri Bemban, Berek 12, di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 19 Januari lalu. – Kosmo,  Bakar Motosikal Isteri, Penganggur Dijel

Read More

Sambutan Maulidur Rasul Dengan Karaoke Di Kampung Beladin

Maulidur Rasul Dengan Karaoke Di Kampung Beladin|Belia 1Malaysia anjur pertandingan karaoke sempena Maulidur Rasul. Bukankah ini menghina namanya? Ini lah manusia yang bangang, ada kaa Sambutan Maulidur Rasul dengan pertandingan Karaoke.

Ini lah jenis manusia yang tidak tahu makna kesyukuran dan mengikut maklumat Kampung ini terletak di borneo, inikah kesan tarbiyyah Islam setelah 56 tahun merdeka? inilah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan..hehe
Read More

Cara Membina Otot Tangan Dan Lengan yang Berkesan

 Membina Otot Tangan Dan Lengan yang Berkesan| Jika anda mempunyai impian untuk membesarkan otot tangan, percayalah anda sebenarnya tidak bersendirian. Untuk pengetahuan anda hampir kesemua mereka yang berada di gym mencari cara untuk meningkatkan saiz bisep mereka. Lebih besar bisep anda, lebih kuat tubuh bahagian atas anda akan kelihatan. Itu harus menjadi alasan yang cukup untuk letupan bisep anda. Pastikan anda tidak melakukan latihan yang tidak memberikan hasil
PELBAGAIKAN SENAMAN UNTUK TANGAN ANDA

Kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai orang ialah melakukan senaman tangan yang sama setiap kali di gym. Dan akhirnya otot tangan anda masih sama seperti dahulu. Ini cukup mengecewakan. Jika anda ingin membina bisep anda, anda harus melakukan semua jenis latihan dalam sistem latihan anda. Ada latihan tertentu seperti membongkok separuh badan sambil mengangkat dumb bell sangat berkesan untuk bisep anda.

Jika pelbagai bentuk senaman anda lakukan semakin banyak seluruh badan anda bekerja dan semakin cepat otot-otot anda terbina. Jangan hanya tertumpu pada satu jenis senaman dalam latihan membentuk bisep.

GUNAKAN DROP SETS DENGAN BERKESAN

Ramai di antara kita apabila memperkatakan tentang latihan membina bisep adalah untuk mengangkat beban yang lebih dan sentiasa meningkatkan berat setiap kali melakukan senaman ini. Tetapi sebenarnya ada teknik yang lebih baik untuk membina bisep anda. Gunakan drop set yang sederhana. Anda mulakan senaman anda dengan mengangkat berat yang biasa anda lakukan. Apabila anda selesai melengkapkan reps anda, kurangkan berat drop set anda dan lakukan sebanyak yang boleh anda lakukan dengan berat ini. Setelah selesai, anda turunkan berat drop set anda lagi dan lakukan repetisi lebih banyak lagi. Ini akan menjadikan bisep anda akan lebih mudah terbentuk.

JANGAN ABAIKAN TRICEPS ANDA

Jangan jatuh ke dalam perangkap berfikir bahawa anda perlu mengasingkan tricep dalam rangka membentuk bisep. Bisep dan trisep, bersama-sama membentuk lengan. Jika anda benar-benar ingin meningkatkan saiz bisep anda, anda harus melakukan senaman untuk trisep juga. Ianya merupakan satu kesilapan untuk menumpukan perhatian pada bisep dan mengabaikan trisep.

ELAKKAN KECEDERAAN

Anda harus mengelakkan kecederaan walaupun anda telah melakukan kerahan tenaga terhadap badan anda. Fakta bahawa anda harus berlatih keras tidak bermakna anda harus mencederakan otot-otot. Dalam membina otot-otot lengan dan tangan anda harus berhati-hati dalam melakukan senaman. Jangan terlalu memaksa sehingga mendatangkan kecederaan kepada otot anda. Membina Otot Tangan Dan Lengan yang Berkesan  

Sumber: http://www.kedaimuscle.com
Read More

Kisah Yang Sedih Lagi Tragis | Dihempap TV Budak Lelaki Maut

Kisah Yang Sedih Lagi Tragis | Dihempap TV Budak Lelaki Maut | - ALOR SETAR : Sebuah keluarga tidak menyangka keseronokan selepas pulang daripada makan malam berakhir tragedi apabila anak tunggal mereka maut akibat dihempap sebuah televisyen bersaiz 29 inci di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai di sini kelmarin

Kisah Yang Sedih Lagi Tragis | Dihempap TV Budak Lelaki Maut |

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan, 2, mati sebaik tiba di sebuah hospital swasta di sini kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak, 37, berkata, semasa kejadian dia sedang mandi, isterinya, Waida Kasim, 27, bersolat Isyak manakala mangsa menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah sejurus pulang daripada makan.
Ketinggian rak tersebut kira-kira satu meter.

“Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya,” kata Lazzuan ketika ditemui di sini semalam.

Kisah Yang Sedih Lagi Tragis | Dihempap TV Budak Lelaki Maut |

Lazzuan yang bekerja sebagai pemandu bas berkata, ketika sedang mandi dia mendengar bunyi dentuman kuat menyebabkan dia keluar bilik air.

“Saya terkejut apabila melihat televisyen berusia lebih 10 tahun bersama rak tempat letak televisyen telah rebah dengan Luqhman berada di bawah televisyen.

“Ketika itu juga saya lihat darah banyak keluar dari belakang kepalanya menyebabkan saya segera menghantarnya ke sebuah hospital swasta di sini,” ceritanya sedih.

Ketika tiba di hospital, Luqhman masih bernafas namun dia disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor di wad kecemasan.

Pemandu bas itu berkata, dia dan nenek mangsa tidak mengetahui bagaimana rak televisyen itu boleh jatuh.

Mayat Luqhman dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Sebelum ini, Lazzuan berkata, dia sering menegur Luqhman agar tidak bermain berhampiran rak televisyen kerana bimbang kejadian ini berlaku.

“Setiap kali saya nampak Luqhman bermain di rak televisyen saya akan panggil dan beritahu dia jangan bermain di situ namun tidak menyangka kejadian sebegini terjadi juga,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ariff Abu Bakar, 33, berkata, dia tidak menyangka aktiviti memancing yang dilakukan bersama anak buahnya pada waktu petang sebelum kejadian merupakan detik-detik terakhir bersamanya.

“Ketika memancing Luqhman kelihatan sangat manja berbanding hari-hari sebelum ini,” katanya. – Kosmo,  Dihempap TV Budak Lelaki Maut.

Read More

Solat Salah Kiblat Selama 70 Tahun


 Solat Salah Kiblat Selama 70 Tahun- MELAKA : Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat.
Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan.
Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan.
Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).
“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.

Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid itu yang dibina pada tahun 1940-an.
Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.
“Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.

“Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat,” katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.

Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.
“Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.

“Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru,” katanya. – Sinar Harian,  Solat Salah Kiblat Selama 70 Tahun
Read More

Penternak Kambing Menawarkan Haiwan Itu Dengan Harga RM1 Seekor Untuk Bayi Yang Dilahirkan Pada Hari Lahir Nabi Muhammad (SAW)

Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital awam negeri Johor sahaja.
 Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.

Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.

“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.
“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.
“Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan.

“Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan,” katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.
Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat kami.

Sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 019-7563000, 07-3554200 atau melayari laman web www.osmangoatfarm.com. untuk keterangan lanjut.
 P/S: Mensyukuri nikmat membawa berkat. Ini lah masyarakat Malaysia penuh dengan orang yang baik dan dermawan yang mulia, kerana ada segelintir Makhluk ciptaan Allah inilah Allah masih sayangi negara kita yang tercinta ini. Sempena kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad beliau sanggup mensedekahkan Kambing semoga beliau dan ahli keluarga beliau mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah di Akhirat nanti. Semoga Allah lindungi beliau daripada perasaan Riak, Ujud, Samaah, Takbur kerana ia boleh menghancurkan Ibadat. Takbirrrr
Read More

4 JENIS PEREMPUAN YANG DIHUMBAN KE NERAKA!!!!


1) PEREMPUAN YANG JAHAT MULUT dan KELAKUAN, TERHADAP suaminya. Banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena. Mulutnya tak berhenti-henti mengomel.
"ABANG NI PUN SATU, BELI IKAN KECIL-KECIL SANGAT. Belilah yang besar sikit... Susah nak siang."
Esoknya..."ABANG NI, BELI IKAN BESAR SANGAT, gelilah nak makan"
Komplen lagi... Ada sahaja yang tidak kena pada suami. Suka MEMBURUK-BURUKKAN SUAMI dibelakang suami samada kepada ibu bapa, saudara mara atau kawan-kawan. CURANG pada suami.... Si isteri membuat perkara haram atau BERGAYUT ATAU BERCHATTING dengan lelaki lain.
Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.
"SEDARLAH DIRI AWAK TU, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan... Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni"
Sehingga suaminya tidak terkata apa-apa....

2) PEREMPUAN YANG MEMPERBODOHKAN SUAMI, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami.
MENGGUNAKAN ILMU HITAM AGAR SUAMI PATUH DAN IKUT SEGALA KEMAHUAN ISTERI...
"Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan NASI KANGKANG, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.. "
“Suami aku, aku dah ‘ikat’ awal2 lagi...Dia tak boleh nak buat apa2 dahhh!!”
Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya, atau suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yang lebih perlu...
"ABANG, SAYA TAK TAHU, RAYA NANTI SAYA NAK LANGSIR BARU, KARPET BARU, PETI AIS BARU" Terkebil-kebil mata si suami..
"Langsir dan karpet ni kan baru ganti jerr... Abang mana mampu, Yang...Yang tahukan, banyak benda nak kena bayar niii" Si suami memohon pengertian si isteri.
"ITU SAYA TAK TAHU.. Yang saya tahu, saya nak langsir baru, dan karpet baru!!!" Si Isteri mula meninggikan suara.
”Tak per lahh..abang berhutanglahh” Suami tunduk mengalah.

3) PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENUTUP AURAT. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.
"Amboi, cantiknya isteri abang... Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis"
“Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu.. haaaa.. abang juga yang akan dapat nama, kan?"
"Iya tak ya juga... Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4) PEREMPUAN YANG TIADA CITA-CITA MELAKUKAN AMAL IBADAH, atau MENAMBAH amal ibadah... melainkan makan, minum, MENONTON tv, berhias diri, tidur.
Hujung minggu, pergi ke kelas senamrobik....Disuruh solat, tidak mahu... Disuruh berpuasa, tidak mahu.... Disuruh belajar membaca Quran tidak mahu.... Disuruh hadir kuliah agama di mesjid, tidak mahu.... Disuruh membaca buku2 agama, tidak mahu... Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok... Hari-harinya di habiskan untuk tujuan itu sahaja..... Tiada kebaikan agama apa pun pada perempuan seperti ini
.4 JENIS PEREMPUAN YANG DIHUMBAN KE NERAKA..nauzubillahiminzalik..
[Sumber artikel: Ceramah Y.Bhg. Ustaz Kazim Elias]
  Pusat Pendidikan Al-Baraqah (Ustaz Kazim).
Read More

Ibu Hamil Ambil Gambar Bogel, Untuk Kenangan | Gambar Bogel

 Ibu Hamil Ambil Gambar Bogel, Untuk  Kenangan | Gambar Bogel - Entah apa yang terjadi pada dunia ini. Semakin tua usia dunia semakin aneh-aneh perangai penghuninya. Di Negara Jepun ketika ini sedang trend dengan ibu hamil yang pergi ke studio photo untuk diambil gambarnya dalam keadaan telanjang.

 Ibu Hamil Ambil Gambar Bogel, Untuk  Kenangan,
Tapi bukan bererti mereka pergi ke tempat studio photo untuk pengambilan gambar porno  dan Gambar Bogel, melainkan untuk mengabadikan momen disaat mereka masih mengandung bayi sebelum melahirkan.Trend ini sangat menjadi kegilaan di Jepun, para ibu muda khususnya wanita yang pertama kali mengandung ingin mengabadikan bagaimana bentuk tubuhnya ketika masa kehamilan.

Trend ini dimulai ketika penyanyi pop kenamaan Jepun “Hitomi” yang melancarkan album terbarunya dengan sampul dirinya hamil tanpa mengenakan pakaian  dengan bergambar Bogel. Gambar sampul album tersebut dipasang pada papan billboard yang terletak di lokasi ramai dengan pejalan kaki. Gambar album tersebut mampu menarik perhatian dan dalam satu minggu laku 10,000 keping album cdnya.

Kumiko Yoda, seorang ibu yang baru melahirkan anak pertamanya, mengakui bahawa dirinya juga melakukan pengambilan gambar telanjang dan bogel. Ini semua ajakan kawannya yang juga pernah ibuat ganbar telanjang ini.

Dia pada mulanya ragu akan hal tersebut, tapi kerana dalam hatinya ingin mengabadikan momen tubuhnya ketika masih hamil, dia ikut serta untuk pemotretan.Pada mulanya dia hanya ingin di foto bahagian perutnya saja, tapi kerana diyakinkan oleh studio photo “Ixchel” dia pun menerima untuk di photo tanpa pakaian telanjang dan bogel.

Ixchel adalah tempat studio photo terkenal di Tokyo yang melayani pemotretan ibu hamil. Natsuko Takada, pemilik Ixchel mengatakan bahawa dalam satu bulan dia menerima 10 ibu hamil yang ingin di foto tanpa pakaian bahkan pernah sampai 70 ibu hamil mengambil foto telanjang dan bogel. Bagi para ibu hamil yang ingin diabadikan fotonya, mereka harus mengeluarkan kos sebanyak 35,000 yen atau $368.2, untuk pemotretan yang dilakukan kurang daripada 2 jam. – paapaada.blogspot  Ibu Hamil Ambil Gambar Bogel, Untuk  Kenangan,

Read More

Generasi Ke 5 Bekerja Di Rumah Pelacuran Selama 150 Tahun

 Generasi Ke 5 Bekerja Di Rumah Pelacuran Selama 150 Tahun - Tara Das berkata, dia generasi kelima dalam keluarganya yang bekerja di rumah pelacuran yang sama di Bangladesh, tetapi kini dia terpaksa berdepan dengan penunjuk perasaan Islam yang mahu perniagaannya ditutup.
Bandar pelacuran di Madaripur dikatakan telah beroperasi sejak kira-kira 150 tahun lalu dan pekerja seks percaya, tunjuk perasaan yang semakin meningkat sekarang didalangi oleh syarikat pemaju yang mahu mengambil alih tanah di situ.

Bulan lalu, kira-kira 10,000 orang yang diketuai oleh kumpulan Islam, Islahe Kaom Parishad (Majlis Reformasi Kebangsaan) mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kompleks lama dan menggesa ia ditutup dan 500 pelacur dihalau keluar.

“Sejak mereka mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran, saya tidak boleh tidur. Beritahu saya di mana saya perlu pergi? Ini rumah saya dan ini pekerjaan yang saya tahu sejak saya kecil. Bantu selamatkan kami dari ketua agama ini,” kata Tara.

Rumah pelacuran itu dibuka untuk pedagang jut ketika zaman kolonial Britain. Ia adalah bangunan batu berlumut tiga tingkat dengan atap zink di tengah-tengah bandar Madaripur, 60 kilometer dari Dhaka. – AFP

Generasi Ke 5 Bekerja Di Rumah Pelacuran Selama 150 Tahun.
 
Read More

Sembang Hiburan | Drama Sehangat Asmara

Drama Sehangat Asmara | bakal menjadi ikutan penonton tegar Mustika HD. Sebelum nie duk heboh pasal drama Adam dan Hawa sekarang Sehangat Asmara dikatakan bakal menjadi sebutan peminat-peminat drama-drama Melayu.

Kalu ikut sebelum ni Kaki Sembang jarang cerita pasal hiburan nie. Tapi lagu tema drama nie menarik minat ambe untuk post pasal drama nie. Lagu Ratuku 2013 nyanyian Awie dan Adira agak menarik bila dengar OST lagu nie. Tu pun bagi pendapat ambe la.

Drama Sehangat Asmara

Drama terbitan Global Station Sdn. Bhd., arahan Mohd Feroz Kader ini berkisarkan tentang cinta yang mengangkat semangat dan ketabahan seorang wanita muda untuk berdepan dengan pelbagai rintangan, dugaan, tohmahan, semangat menjalani kehidupan selepas ditinggalkan suami tanpa khabar berita.


Drama Sehangat Asmara

Pastinya bagi yang pernah membaca Novel " Sehangat Asmara" karya Aisya Sofea ini sudah mengetahui bagaimana jalan ceritanya. Tapi ambe nie bukan peminat novel dan pastinya juga pembaca novel ni pasti menanti-nantikan kehadiran drama nie Drama Sehangat Asmara

Bagi yang belum pernah membaca novel ini atau yang pernah membacanya lama dahulu tapi sudah terlupa jalan ceritanya bagaimana, untuk makluman awok2, Novel Sehangat Asmara ini berkisar tentang kisah cinta tanpa restu keluarga antara Kamilia Najwa ( Rita Rudaini ) dan Zainal Arief. (Adi Putra) . Selain Adi Putra dan Rita Rudaini yang memegang watak utama ( sebagai Zainal Arief dan Kamilia Najwa ) pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah  Shahz Jazle sebagai Azman Dato Razali , Adik Nur Fureena Ezlin sebagai Misya ( anak Kamilia dan Zainal arief)  Dian P Ramlee sebagai ibu Kay ( Kamilia Najwa)

Kalu hok nok tau serba sedikit pasal cerita nie ambe bagitau sedikit sinopsis daripada novel Sehangat Asmara. Jom tonton Drama Sehangat Asmara

Sinopsis Sehangat Asmara (versi Novel)


Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di luar negara, bertemu dengan Zainal Arief, satu pertemuan yang membuahkan “ Cinta pandang pertama".  
Demi cinta mereka bersatu , namun perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga. kerana ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka.

Detik-detik kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi.  Namun janji tinggal janji, Zainal menghilang tanpa khabar berita membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief, Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.  
Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay melupakan Zainal. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

Selama 9 tahun lamanya, tiada khabar berita dari Zainal. 
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali setelah dia ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah . Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia dari pengetahuan lelaki itu.

Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Kerana dendam Kay tidak membenarkan Zainal menghampiri Misya. Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief, setelah tahu hasrat Zainal yang ingin membawa kes tuntutan ke mahkamah .
Kerana dendam dan rasa tidak puas hati, Kamilia terus terusan bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu.
Anehnya, walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal, namun 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih menyimpan perasaan cinta terhadap Kay, sehinggakan Zainal Arief melamarnya buat kali kedua kerana mahukan keluarga yang bahagia , hidup bersama Kay dan anak mereka..
Buntu dan binggung fikirannya, lebih-lebih lagi  pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman.. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.
Demi anak mereka Kay sanggup hidup semula dengan Zainal walau masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali.   
Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita. Setiap kali pertanyaan tentang kisah silam diungkitkan, Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu.
Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka. 

Akhirnya ayahnya mengaku yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, dan dia jugalah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya. Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya. 

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. :) ~amadganu~
#tengok drama tu tengok la jugok tapi jangan smpai melalaikan yer~ =D

 Drama Sehangat Asmara

                                                                                                                    sumber: anamarzablog.com

Read More

Ngeri Dan Pelik | Restoran Mamak Yang Dibina Di atas Kawasan Perkuburan.

Restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan.|
Selamat datang ke Restoran New Lucky di Ahmedabad India. Ianya sebuah restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan.

Restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan

 Restoran ini terkenal dengan teh tarik dan roti nan yang dikatakan tersedap di Ahmedabad.Persoalannya kenapa restoran yang terkenal ini dibina di atas kubur yang diwarnakan hijau? Kisah bermula 50 tahun dahulu. Seorang lelaki bernama KH Mohammad membuka gerai minuman dan roti nan di luar kawasan perkuburan.

Lama kelamaan bisnes beliau semakin membangun dan gerai kecil membesar menjadi restoran. Tetapi di Ahmedabad sukar untuk mencari tapak dan kubur lama dari kurun ke-16 ini dijadikan tapak restoran New Lucky.Sebagai tanda hormat kubur di dalam restoran ini dijaga dengan rapi. Menurut tuan punya restoran ini sekarang Encik Krishnan Kutti Nair merasakan kubur ini membawa tuah kepada beliau.

Kubur-kubur ini dipercayai kubur sanak saudara seorang ahli Sufi yang terkenal di Ahmedabad.Jadi Encik Nair percaya ini bersangkut rapat dengan sebab kenapa restoran beliau sangat laku.Siapa di Ahmedabad silalah makan di New Lucky. Boleh enjoice minum teh tarik bersebelahan kubur! Unik! Kalah Ali Maju, Najath, Line Clear, Pelita dan Maulana!

Sumber: Rony Anuar.com, restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan.
Read More

Anwar Menang Saman Utusan RM50 Juta!!!!!

Anwar Menang Saman Utusan RM50 Juta|KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.
Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).


Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” katanya.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Hakim Singham. -TERKINI - Anwar Menang Saman Utusan RM50 Juta


Sumber:http://bloglistpolitik.blogspot.com.

P/S: Kayalah Anwar asyik menang jer saman..dari segi moral Utusan adalah akhbar yang tak boleh pakai..Anwar ko berdoalah macam Fathu Bari doa orang yang memfitnah ko..hehe

Read More

Kanak-Kanak Lelaki Maut Dengan Otak Bersepai

Kanak-Kanak Lelaki Maut Dengan Otak Bersepai - PAGOH : Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis apabila otaknya bersepai digilis tayar treler yang dipandu bapanya yang terbabas di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi, Mohd. Afiq Amrin, 5, tercampak keluar dari treler dipandu bapanya selepas kenderaan itu terbalik ketika melalui satu selekoh di situ.
Mangsa yang berada di luar treler itu terus digilis tayar kenderaan itu menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

Treler membawa muatan papan lapis itu dipercayai terbalik selepas hilang kawalan ketika membelok selekoh di tempat kejadian.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Yazid Banain, 44, ibu, Suriyati Abd. Rahman, 30-an, dan kakak mangsa, Nur Damia Batrisya, 6, hanya cedera di beberapa anggota badan. – Kosmo :Kanak-Kanak Lelaki Maut Dengan Otak Bersepai
Read More

ILMU: Kewajipan Menutup Aurat

Gambar Hiasan



Gambar hiasan
ILMU: Kewajipan Menutup Aurat|
Semua orang tau kewajipan menutup aurat. Agak sedih ambe tengok anak-anak muda zaman sekarang berpeleseran dengan lelaki yang bukan mahram dan semakin bertambah dari masa ke semasa. Tidak menutup aurat sekarang sudah menjadi suatu 'trend' anak-anak muda demi kepuasan diri semata-mata. Mana pergi ibu bapa mereka? Adakah mereka tahu anak mereka tidak menutup aurat? Secara lazimnya semua ini berpunca dari ibu bapa mereka. Bak kata pepatah "Bapak borek anak rintik".

Secara lahiriahnya, perkara ini berlaku atas kekurangan didikan agama daripada ibu bapa kepada anak-anak malah anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai model atau pun contoh kepada mereka untuk meneruskan kehidupan ke arah jalan yang salah.

Dalam perkara yang lain pula, didikan agama telah diberikan, pendidikan dari kecil hingga dewasa telah cukup ilmu agama yang telah dicurahkan. Namun ade juga antara kita yang masih berani melanggar perintah Allah S.W.T. Terutama daripada pengalaman ambe sendiri yang pernah belajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam, telah melihat pelajar perempuan yang baik akhlaknya tibe-tibe berubah dan tidak menutup aurat seperti kebiasaannya. Mungkin kejutan budaya atau mungkin dihasut oleh rakan-rakan. Berada di universiti bebas tidak menutup aurat, bila pulang ke kampung masya-Allah macam ustazah pilihan. Kesian kepada keluarga yang bersusah payah mendidik dari kecil hingga dewasa. ILMU: Kewajipan Menutup Aurat

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan



Ni ade sedikit yang ambe nok kongsikan. Ambe ambik skit kt page Anok Tranung FC:

Petikan kuliah UAI:ILMU: Kewajipan Menutup Aurat

Soalan:
Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?

UAI:
Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? Hidayah perlu dicari, bukan tunggu.

Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut..
Renung2kan & Slamat beramal!



Gambar hiasan




 Di sini juga, ambe nok pesan kepada rakan-rakan muslimat yg membaca post nie supaya menilai di mana tahap anda sebagai muslimah yg sebenar seperti yang dianjurkan oleh agama kite. 

Kite banyak melihat dalam isu menutup aurat nie lebih kepada kaum Hawa. Secara khasnya buat kaum Adam pula anda juga wajib menutup aurat.  Sesungguhnya aurat bagi seorang lelaki bermula dari pusat hingga ke lutut.



Aurat bagi lelaki


Jika ade yang tidak betul segera-segeralah kita betulkan agar tidak mudah terjerumus ke arah kesesatan insyaAllah~
#harap adik-adik ambe tidak tergolong dalam golongan yg tidak menutup aurat amin~! ILMU: Kewajipan Menutup Aurat


Nilailah di mana tahap anda wahai wanita


                                                                                                                              created by amadganu

Read More

Isteri Curang Berzina Melekat Kemaluan Dengan Teman Lelaki

Isteri Curang Berzina Melekat Kemaluan Dengan Teman Lelaki|

Kejadian ini Allah SWT berikan kepada orang kafir maka tidak mustahil berlaku kepada orang islam yang suka berzina dengan isteri orang....... Fikir-fikirkan lah

Isteri Curang...., Berzina Melekat Kemaluan Dengan Teman Lelaki.
Menurut laporan media Kenya, Kejadian ini berlaku di Nairobi Kenya... bila si suami mengesyaki isterinya bermain kayu 3 lalu beliau meminta bantuan pawang untuk menjampi serapah pada isterinya.
Hasilnya.... dengan kehendak Allah SWT..... ( MELEKAT....TAK BOLEH CABUT)
Sang Bini gelabah kerana suaminya enggan tolong... walaupun bantuan Polis dipanggil....
Akhirnya ( dengan kehendak Allah SWT juga ) pasangan ini dapat dipisahkan apabila lelaki penzina bersetuju  membayar pampasan Shiling Kenya 20,000 (RM716) lalu si suami memanggil pawang.

 Sila lihat dibawah...... amaran 18sx
Kejadian ini Allah SWT berikan kepada orang kafir maka tidak mustahil berlaku kepada orang islam yang suka berzina dengan isteri orang....... Fikir-fikirkan lah

Perhatian! : Bukan Niat saya untuk berlucah didalam blog ini cuma ini adalah untuk pengajaran dan iktibar kepada kita.....dan ahli keluarga kita.......

 Sila lihat dibawah...... amaran 18sx  ( Sumber:http://berilmudanamal.blogspot.com)
Read More

Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik Kompaun RM30 sepanjang Februari

Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik Kompaun RM30| 
Sepanjang Februari KUALA LUMPUR – Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya perlu membayar kompaun pada kadar rata iaitu RM30 sepanjang bulan Februari depan.
“Pemberian diskaun pada kadar rata itu dilakukan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari ini,” demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ketika ini, semua pesalah trafik yang dikenakan saman oleh DBKL perlu membayar kompaun antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

“Tawaran kompaun istimewa itu bagaimanapun hanya sah bermula 1 hingga 28 Februari ini dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.”

Tambahnya, selain diskaun kompaun, warga kota juga bakal menerima pelbagai ‘buah tangan’ yang lebih menarik berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.

“Antara ganjaran yang diberikan ialah penggunaan kemudahan awam di bawah pengurusan DBKL seperti gelanggang futsal, tenis, badminton, padang bola sepak dan kolam renang secara percuma sepanjang bulan depan.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menikmati perkhidmatan menaiki bot dan menunggang kuda secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan itu.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
P/S: Nie lah rahmat dekat nak pilihanraya..hehe cpt pergi bayar bila lagi nak murah cmnie..hehe APTB
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.