Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai ‘yaeba’. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Gigi Taring Berlapis Jadi Kegilaan Wanita Jepun - TOKYO | Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.

 Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai ‘yaeba’. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel. 

Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan.

Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut ‘tsuke-yaeba’ dan ditampal pada gigi asal mereka.

Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.
Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka.

Menurut Masuoka, ‘yaeba’ memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal. – Agensi

Read More

Dunia Akhir Zaman | Ibu Tunggal Sembilan Anak Umur 54 Tahun Dicekup Berbogel

Ibu Tunggal Sembilan Anak Umur 54 Tahun Dicekup Berbogel | MAKSIAT: Ibu Tunggal Sembilan Anak Umur 54 Tahun Dicekup Berbogel - BESUT : Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi di sini, gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel.
Ibu Tunggal Sembilan Anak Umur 54 Tahun Dicekup Berbogel
                                                     gambar hiasan
 Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.

Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah.

“Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, menemui wanita berkenaan sedang bersembunyi di bawah katil yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut,” katanya.

Azmi berkata lagi, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau muhrim.
Pasangan wanita itu seorang tukang rumah berusia 56 tahun seorang duda beralamat di Kampung Beting Lintang, manakala wanita berkenaan bekerja sebagai penoreh getah.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) Terengganu 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. – SINAR HARIAN

Read More

Tazkirah Pagi Jumaat- Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW|

 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH|

 
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 

 Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW|










Read More

SERAM | 10 PINTU SYAITAN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA

10 PINTU SYAITAN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA|



SYAITAN MEMASUKI tubuh manusia, dan merasuk serta merosak manusia itu, dari SEPULUH ‘PINTU’, iaitu SIFAT-SIFAT DAN PERANGAI-PERANGAI BURUK (TERCELA) MANUSIA ITU SENDIRI:

1] TAMAK DAN JAHAT SANGKA.
Hadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada, setelah berusaha dan berikhtiar.

2] CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN.
Hadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3] CINTAKAN KEREHATAN DAN KENIKMATAN.
Hadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4] KAGUM PADA DIRI SENDIRI (UJUB).
Hadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

5] PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN dan tidak menghormati mereka.
Hadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6] HASAD DENGKI.
Hadapinya dengan sifat qanaah (berpuas hati dgn apa yang ada, setelah berusaha dan berikhtiar), dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

7] RIYA' DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA.
Hadapinya dengan sifat ikhlas.

8] BAKHIL.
Hadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada ditangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada disisi Allah itu akan kekal.

9] SOMBONG DAN TAKABBUR.
Hadapinya dengan sifat tawadhu' dan merendah diri.

10] TAMAK HALOBA.
Hadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah, dan tidak mengharapkn sesuatu yang ada pada manusia.

ASTAGHFIRULLA HAL ADZIM, SEMOGA DIRI KITA AKAN DAPAT MENGAWALNYA DAN DAPAT MENJAUHKAN DIRI DARI GODAAN SYAITAN YANG DURJANA...

BapakkuFM
Read More

Maut Dirempuh Kerbau

Maut Dirempuh Kerbau| KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu jualan Astro maut akibat merempuh seekor kerbau yang sedang melintas jalan di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir awal pagi tadi.

Mohd Abdul Wafi Adha Abd Wahab, 26, maut di tempat kejadian setelah motosikalnya melangar haiwan tersebut kira-kira pukul 3 pagi.

Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya apabila kerbau itu tiba-tiba melintas jalan.

Seorang penduduk Fauzi Mohd berkata dia dan dua lagi rakannya melihat seekor kerbau di atas jalan raya yang kesakitan dan mengesyaki ia telah dilanggar.

Mereka kemudiannya melihat pula sebuah motosikal tidak jauh dari situ yang di sebelah motosikal itu kelihatan seorang lelaki sedang terbaring.

"Saya cuba mengejutkannya tetapi tiada tindak balas. Saya lalu menelefon ambulans," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu. - Bernama

Read More

Kisah Cinta Suci Mujahideen Syria Yang Menarik, Sungguh Hebat

Kisah  Cinta Suci Mujahideen  Syria Yang Menarik|Dua orang pejuang jihad Syria ini iaitu Mahmoud Al-Halabi dan isterinya Nour Al-Hasan merupakan antara pasangan yang sama-sama berjuang di medan jihad menentang rejim Basyar.

Sebelum berkahwin, Mahmoud Al-Halabi pernah menjadi pemandu kepada salah seorang isteri menteri Syria. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah saloon wanita di wilayah Halab.

Mahmoud kini merupakan mujahidin barisan hadapan di Hayyu Sheikh Saed. Beliau sebelum ini pernah dipaksa keluar daripada Syria dan bersama-sama mujahidin di Libya. Disana beliau banyak mempelajari skill peperangan dengan mujahidin Libya


Beliau kemudiaanya pulang ke Syria untuk bersama-sama kebangkitan rakyat Syria menjatuhkan Basyar Asad. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini merupakan anak kepada salah seorang pimpinan Parti Baath.

Nour pernah membuat satu akaun Facebook yang tidak dikenali dan menjadi aktivis sosial media. Beliau juga menggerakkan protes dan menyebarkan berita berkenaan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan rejim.

Selepas ayah dan abang Nour mengetahui berkenaan berita tersebut, Nour dibelasah sehingga cedera teruk dan terpaksa dibawa ke hospital. Berita tentang beliau menjadi perbualan ke seluruh kota, dan Mahmoud mengetahui tentang berita tersebut.

Nour dan Mahmoud menyertai gerak kerja protes menjatuhkan rejim dan kemudiaanya menyertai pasukan mujahidin mengangkat senjata menghadapi tentera rejim.

Mereka menyertai Briged Jabhah An-Nusrah dan merupakan mujahidin barisan hadapan dalam menghadapi rejim. Nour menjadi snipper yang handal setelah diajar oleh Mahmoud berkenaan penggunaan senjata dan sebagainya.

Mahmoud dan Nour berkahwin pada Julai 2012 dan menjadi pasangan suami isteri yang tangkas di barisan hadapan mujahidin menentang tentera rejim.

Cinta mereka bukan hanya sekadar melafazkan kata-kata cinta tetapi dibuktikan dengan kesediaan untuk sanggup bersama di medan juang. Semoga Allah memelihara mereka berdua.


Read More

Gadis Telan Tuala Wanita Berdarah, Pengotor Dan Jijik

Gadis Telan Tuala Wanita Berdarah, Pengotor Dan Jijik - Seorang gadis telah melakukan satu perkara menjijikkan dengan menelan pembalut / tuala wanita berdarah kepunyaannya sendiri sebelum mengupload video tersebut untuk tatapan semua di YouTube dan Facebook..

Video gadis bernama Giovanna Plowman(gambar) yang melakukan aksi menelan tuala wanita berdarah tersebut dikatakan telah di buang oleh YouTube setelah mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

Dia turut dikatakan share gambar aksi-aksi ketika menelan tuala wanita berdarah tersebut di Twitter dan Facebook.

Tindakan menelan tuala  berdarah yang dilakukannya itu menyebabkan dia kini dikenali ramai dengan gelaran Tampon Girl..Menurut sumber, tampon merupakan sejenis .Kamu  tahu Tampon? Bagi wanita pasti sudah Tahu, dan bagi yang belum tahu Tampon Mempunyai Fungsi yang sama seperti Pembalut Wanita ataupun Softex.

 Namun Tampon dimampatkan (Dipadatkan) menjadi bentuk seperti Tabung Kecil disertai Tali untuk menariknya kembali dari Lubang Vagina.

Cara menggunakannya dimasukkan kedalam Organ Kewanitaan (Liang Vagina) untuk menyerap darah mengalir yang banyak. Dan alasan Kenapa Tampon tidak banyak remaja yang memakainya, karena Tampon bagi seorang Gadis sangat tidak dianjurkan.

 Dampak Penggunaannya di dalam Vagina dapat merosak dan merobek Selaput Dara (Keperawanan). Untuk itulah kebanyakan peminat Tampon rata-rata dari kalangan wanita yang sudah menikah, menurut aneh dan asing . – paapaada.blogspot
Read More

FItnah Yang Sesat Lagi Jahat | Solat Jumaat Di Kelantan 'berimamkan' radio Kerana Amanat Haji Hadi

FItnah Yang Sesat | Solat Jumaat Di Kelantan 'berimamkan' radio Kerana Amanat Haji Hadi | PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.

Solat Jumaat Di Kelantan 'berimamkan' radio Kerana Amanat Haji Hadi

Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.

Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas.

“Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.

untuk kepastian dan pencerahan....

kepada rakyat Kelantan atau Terangganu... pernah ke radio (negeri) kerajaan siarkan khutbah jumaat disampaikan oleh mana2 pemimpin PAS...??? seperti mana yang didakwa oleh akhbar Utusan dan individu terbabit...

Ini lah surat khabar yang membodek dan menerbitkan sesuatu artikel yang macam sampah, aku orang pantai Timur, jika beliau kata berimamkan Imam di kampungnya tidak sah, macam mana pula dengan berimamkan radio kerana itu juga imam kerajaaan. 

Fikirlah jauh sikit jika hendak buat bahan berita, rakyat sekarang nie cerdik dan berilmu dan tidak mudah untuk mendengar berita dari sebelah pihak sahaja. 

Negara kita mengamalkan sistem demokrasi yang bebas katanya, mengikut pengetahuan aku tentang sistem demokrasi ialah setiap rakyat berhak bersuara dalam sistem politik, dan aku hendak kaitkan dengan Isu Amanat Haji Hadi, kamu hari-hari hentam tentang keburukan dan kejahatan Amanat dan temuramah masyarakat tentang keburukan amanat dan Haji Hadi.
Bagilah satu peluang untuk beliau mempertahankan diri dan menyatakan pandangan beliau berkenaan amanat itu..Fikirkanlah sebelum kamu hendak menyatakan kesesatan seseorang..Wallahulam
Read More

Anak Hamil Anak Luar Nikah Ibu Gembira

Anak Hamil Anak Luar Nikah Ibu Gembira| - THORNABY, Britain : Seorang remaja perempuan, Soya Keaveney (gambar) menggembirakan ibunya selepas dia hamil luar nikah ketika berusia 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika usianya baru menjangkau 12 tahun, Soya Keaveney pernah beraksi untuk sesi fotografi dengan cuma memakai pakaian dalam kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang model.
“Saya terkejut pada mulanya tetapi kini saya sungguh teruja,” kata Soya yang kini hamil 16 minggu.
“Saya merupakan wanita yang pertama akan melahirkan anak dalam kalangan rakan-rakan saya, tetapi saya tidak fikir saya dewasa dengan terlalu cepat,” tambahnya.

Ibunya yang menganggur, Janis, 48, turut gembira kerana kehamilan Soya membolehkan mereka memohon rumah kerajaan yang lebih besar untuk keluarga itu termasuk anak-anaknya yang lain iaitu Coco, Ritzy, Tarot dan Jake di bawah skim kebajikan Britain.

Soya mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Jake Gray, 17, hasil hubungan intim mereka pada Mei lalu.

Janis yang membenarkan Jake tinggal di rumah mereka menyatakan, anak perempuannya benci pengguguran bayi.

“Saya yakin dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan akan mendidik anaknya dengan penuh disiplin seperti yang saya lakukan,” kata wanita itu. – paapaada.blogspot
Read More

Nafsu Gila, Lelaki Cabul Wanita Hamil

Nafsu Gila, Lelaki Cabul Wanita Hamil| - KUALA LUMPUR : Dia sering dilihat berlegar-legar di sekitar wad menempatkan wanita mengandung sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘doktor’ kepada bakal ibu di situ yang menjadi sasaran kerja jijiknya.

Difahamkan, lelaki berusia lewat 30-an itu kemudian mula ‘menggoreng’ bakal mangsa dengan mendakwa kononnya dia mampu menolong mengurangkan kesakitan ketika bersalin sebelum memberi sedikit penerangan kepada wanita hamil terbabit mengenai kebolehannya itu.
gambar hiasan
Sebaik meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meminta keizinan untuk membaca ‘jampi serapah’ sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.

Alasannya, dia mahu menyapukan air jampi ke seluruh tubuh mangsa yang didakwanya sangat mujarab sehingga mampu menghilangkan kesakitan ketika proses bersalin.

Itu taktik digunakan lelaki gila seks terbabit yang dikesan ‘memburu’ wanita hamil sebelum mencabul mereka semata-mata mahu memuaskan nafsu peliknya.

Dalam kejadian terbaru di sebuah hospital di ibu negara, kira-kira jam 5 petang kelmarin, lelaki terbabit menggunakan kaedah sama untuk memerangkap mangsa yang berusia awal 30-an.

Difahamkan, lelaki terbabit bergiat aktif sejak enam bulan lalu dan menggunakan waktu melawat untuk melakukan kerja terkutuknya itu selain menjadikan ibu mengandung yang berseorangan di katil sebagai sasaran.

Menurut sumber, sejurus mendekati mangsa, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor.
“Jika mangsa mempersoalkan pakaian dipakainya, lelaki terbabit dengan bersahaja mengatakan dia melakukan kerja amal itu ketika waktu rehat kerana terlalu sibuk ketika bertugas,” katanya.

Lelaki itu cuba meyakinkan mangsa dengan melakukan penerangan bercorak saintifik dan tradisional.
Sumber itu berkata, jika mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai ‘pembohongan licik’ lelaki terbabit, mereka pasti masuk perangkap dukun palsu itu.

“Sesiapa pun pasti terpengaruh sebaik mendengar penerangannya yang mendakwa mampu menghilangkan kesakitan wanita ketika bersalin,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik memerangkap mangsa, dia akan berpura-pura membaca jampi serapah sebelum mengarahkan wanita berkenaan menanggalkan pakaian.

Dia memberitahu perbuatan itu bertujuan memudahkannya menyapu air jampi kononnya amat hebat sehingga mampu menghilangkan kesakitan,” katanya.

Selepas puas meneroka tubuh mangsa, bomoh celup itu meninggalkan wanita terbabit sambil mendakwa dia perlu memberikan pertolongan kepada pesakit lain.

Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru itu, keengganan mangsa memenuhi kemahuannya untuk menanggalkan pakaian menyebabkan dia terpinga-pinga.

Usahanya untuk memerangkap mangsa tidak berhasil apabila pengawal keselamatan ‘menghalaunya’ kerana waktu lawatan sudah berakhir.

Berikutan itu, rahsia identiti suspek terbongkar sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini.

Difahamkan, lelaki itu diberkas di kawasan hospital berkenaan kira-kira jam 7 malam kelmarin, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut. – paapaada.blogspot
Read More

Nasharudin Mat Isa Yang Dipecat Hassan Ali Pula Yang Buat Kenyataan Akhbar?

 Nasharudin Mat Isa Yang Dipecat Hassan Ali Pula Yang Buat Kenyataan Akhbar?

Sengaja aku buat pertanyaan dan persoalan ayat di atas bukan apa aku kadang-kadang menyampah dengan perangai Hasan Jati yang lebih sudu dari Kuah, belum sempat empunya diri  Nasharudin Mat Isa membuat penjelasan dia dah sibuk, ini adalah antara Kenyataan Akhbar beliau, untuk melihat yang penuh sila ke Page Facebook Hassan Jati:

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS

Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu....



Melihat daripada tulisan Hasan Jati, seolah-olah Pas tidak mempedulikan dan tidak menghargai Nasharudin Mat Isa.Hakikatnya Hasan Jati memerlukan teman seperti Nasharudin Mat Isa untuk meneruskan karier beliau dan mengukuhkan lagi NGO JATI beliau, memandangkan pengaruh dan ketokohan yang ada pada Nasharudin Mat Isa masih kuat berbanding beliau.

Tetapi pimpinan PAS bagi aku cerdik dalam menangani isu Nasharudin Mat Isa beliau tidak dipecat sebagai Ahli PAS seperti Hasan Jati tetapi sebagai dipecat dari Majlis Syura Ulama. Sekarang ini, Nasharudin Mat Isa seperti tergantung dan tersekat. Apa pun perancangan Allah itu yang terbaik. Salah dalam berjemaah itu lebih baik daripada benar dalam berseorangan. Wallahualam
Read More

SMS Daripada Nasharudin Mat Isa Tentang Pemecatan Beliau

Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. 

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. 

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa

Aku ambil cerita nie kt Amenoworld.blogspot.com, sebenarnya  aku nak ulas sikit berkenaan Nasharudin Mat Isa yang telah dipecat dari Majlis Syura Ulama Pas, tapi untuk pengetahuan beliau masih Ahli Pas. Kes Nasharudin Mat Isa ini berbeza sikit dengan kes Hassan Akidah kerana beliau di pecat terus daripada Ahli. 

Nasharudin Mat Isa, mempersoalkan kenapa beliau tidak tahu tentang pemecatan dan hanya mengetahui perkara ini melalui media massa, bagi aku lah macam mana beliau hendak diberitahu sedangkan segala tingkah laku beliau tidak lagi bersama jemaah tetapi bersama dengan gerakan lawan. Adakah ini adab seorang berjemaah mendahului hal peribadi daripada jemaah. Aku bagi contoh mudahlah jika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Jamil Khir membuat lawatan ke Syria bersama dengan Tuan Guru Presiden tanpa pengetahuan Dato Seri Najib, Korang rasa apa tindakan Najib,diam macam tu je ker..Fikir laa masak-masak kelakuan Nasharuddin seolah-olah hendak beliau dipecat.

Kita tidak nafikan jasa Nasharudin Mat Isa dalam gerakan Islam tiada tolak bandingnya, tetapi tindak tanduk beliau kebelakangan ini menafikan hak Presiden dan tidak memaklumkan kepada Jemaah dan selalu memberi kelebihan kepada musuh, adakah ini akhlak seorang pejuang, beliau meletakkan kefahaman tentang berjemaah lebih rendah daripada AJK Cawangan. Adakah dengan melawat Palestin itu dikira sebagai seorang pejuang tulen. Di manakah kamu sewaktu umat Islam diserang?.

Pendapat akulah pemecatan Nasharudin Mat Isa sudah lama diusulkan oleh peringkat akar Umbi tapi Presiden masih sayangkan beliau memandangkan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin dan pernah memegang jawatan sebagai TImbalan Presiden dan merupakan Ahli Parlimen Bachok. Bagi aku lah sebelum Nasharudin Mat Isa hendak menyalahkan jemaah tengok diri sendiri dulu bak kata pepatah cermin diri sendiri dahulu. Wallahualam. Sekadar pandangan peribadi akulah.
Read More

Dipaksa tunjuk kemaluan, gambar dirakam semasa dibelasah

Dipaksa tunjuk kemaluan, gambar dirakam semasa dibelasah |  Kuching  -  Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.

Dipaksa tunjuk kemaluan, gambar dirakam semasa dibelasah
gambar hiasan
Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan.

Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah.

“Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa.
“Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. “Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa.  – hmetro
Read More

Biodata Penuh Rafizi Ramli ( Giler Mmg Genius )

Rafizi Ramli
Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)


Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan


Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar

Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)


Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996

Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)


lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun

diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant

Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)

Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)

Pengurus Besar

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012).Biodata Penuh Rafizi Ramli

Read More

Budak Lelaki Berhenti Nafas Setiap Kali Tidur

Budak Lelaki Berhenti Nafas Setiap Kali Tidur - FAREHAM, Britain : Seorang budak lelaki, Liam Derbyshire akan berhenti bernafas setiap kali dia tidur, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai sumpahan Ondine menyebabkan dia perlu menggunakan mesin sokongan hayat semasa tidur di rumahnya.

Keluarganya dari Gosport, Hampshire membelanjakan ribuan pound untuk membayar bil elektrik disebabkan penggunaan mesin berkenaan.

Menurut Dr. Garry Connett yang merawat Liam di Hospital Besar Southampton: “Ia sesuatu yang amat ganjil. Liam merupakan pesakit pertama saya kesan menghidap penyakit itu sejak saya bertugas di hospital ini 12 tahun lalu.”

Liam mempunyai alat penyedut udara berkuasa bateri yang diletakkan di dalam kereta dan dibawa menaiki pesawat sebagai persediaan jika dia tertidur. – Agensi

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.