Ustaz Nasharuddin Mat Isa Siaran Langsung Di TV 3

Ustaz Nasharuddin Mat Isa Siaran Langsung Di TV 3 | Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bersiaran langsung jam 11 malam tadi siaran selama sejam telah mengupas banyak perkara mengenai kenapa antaranya kenapa  beliau bersama PM di Gaza dan banyak lagi kupasan yang bagi aku menguntungkan pihak kerajaaan |.
Aku bukan apa, dan tidak layak untuk memberi komen kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa, tapi pujian yang melambung2 kepada Perdana Menteri dan keluarga beliau menggambarkan betapa besarnya jasa mereka kepada Palestin, seolah-olah Tuan Guru Presiden tidaklah sehebat mereka.
Ustaz Nasha juga berulang kali menyebut & memuji berkali-kali NGO yg berkaitan dgn UMNO didalam membantu Palestin tanpa menyebut walaupun sepatah apa yg PAS atau KEADILAN atau NGO disebelah PR ni lakukan, adalah tidak adil bagi beliau yang mengaku sebagai Ahli PAS.
TG Haji Hadi pesan: Jangan mudah masuk perangkap musuh kalau pening rehat sekejap, bukan terus terjun dalam laut. Nanti di makan ikan paus. Kembalilah ke pangkuan jemaah semula wahai Ust Nasha. Ramai jerung-jerung diluar sana sedang menanti anda menjadi lauknya..hehe 
Dan ini pandangan Ustaz Mustafa Kamal dalam FB beliau,  ( Tekan )
Sekarang ni tengah tengok TV3 dalam soal jawab bersama Ustaz Nasharuddin bekas ahli syura PAS.
Sekadar memberi pandangan :

Kita akan diuji dengan pangkat dan kedudukan, ada yg Allah kekalkan kedudukan kita, ada yang Allah hilangkan kedudukan kita, ketahuilah itu semua ujian dari Allah, cuba kita renung sejenak Saidina Khalid Al Walid pernah dipecat namun dia bersyukur kepada Allah kerana itulah kehendak Allah.Berjuanglah kerana Allah bukan kerana pangkat.

Apabila kita berselisih faham,maka janganlah kita membuka aibnya. Bersabarlah dan berserahlah pada Allah dan tunjuklah akhlak yg baik.

Maafkanlah ustaz, ustaz pun alami juga ..... tapi janganlah kita mengeruhkan lagi keadaan.
 Ustaz Nasharuddin Mat Isa Siaran Langsung Di TV 3.
Read More

Lelaki Kebal Dari Kelantan - Dilanggar kali ke-15 tetapi masih selamat

 Lelaki Kebal Dari Kelantan - Dilanggar kali ke-15 tetapi masih selamat |
‘Berpantang ajal sebelum maut.’ Itulah nasib yang dialami warga emas ini apabila dia terselamat walaupun digilis dalam kemalangan yang didakwa kali ke-15 kejadian berlaku semalam |.

Lelaki yang berusia 62 tahun itu mendakwa dia sudah berbelas kali terbabit dalam tragedi sama dan kejadian terakhir berlaku terhadapnya di Jalan Mahmood di sini.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, kegembiraan Md Fouziman Md Bakti yang bakal menerima RM500 wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hampir bertukar tragedi apabila basikal ditunggang dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Hyundai.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa terseret dan digilis tayar depan dan belakang sebelah kiri kereta berkenaan.

Md Fouziman berkata, dia yang baru pulang daripada memeriksa namanya sebagai penerima BR1M di Lembaga Hasil Dalam Negeri itu hanya mampu menjerit supaya pemandu kereta itu berhenti ketika tayar hadapan kereta berada di atas kakinya.

Malang sekali jeritan itu tidak didengar pemandu kerana cermin kereta yang tertutup rapat menyebabkan tayar belakang pula terus menggelek kedua-dua belah kakinya.

“Saya hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih terselamat. Sebelum ini saya pernah berbelas kali dilanggar kereta. Ada di antara mereka melarikan diri tetapi ada juga yang menanggung semula kos perubatan,” katanya.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Suraya berkata, dia terkejut apabila melihat warga emas itu terjatuh dari basikalnya selepas dilanggar sebelum digilis pada bahagian kaki.

“Kereta yang melanggar mangsa bergerak perlahan tetapi tidak sengaja terlanggar mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum digilis,” katanya
. Sinar Harian Edisi Kelantan
Read More

Seorang Wanita Nekad Mengacukan Pisau Serta Mengugut Untuk Membunuh Suaminya Sejurus Dia Dicekup Ketika Asyik Berasmara Dengan Lelaki Lain

Isteri Curang Ugut Bunuh Suami Ketika Dicekup - Bukan sekadar curang, malah seorang wanita turut nekad mengacukan pisau serta mengugut untuk membunuh suaminya sejurus dia dicekup ketika asyik berasmara dengan lelaki lain di rumahnya di Desa Mentari, di sini, pagi kelmarin.


 Apa punya isteri la. Itu perlakuan terlampau isteri berusia 38 tahun yang juga ibu kepada lima anak terhadap suaminya yang dikahwini selama 18 tahun lalu.

Sumber polis berkata, kejadian bermula kira-kira jam 6 pagi ketika suami wanita itu, seorang kontraktor berusia 41 tahun, baru tiba di rumahnya selepas menyelesaikan urusan kerja di luar kawasan.

Menurutnya, sebaik membuka pintu rumah, lelaki itu terkejut mendapati isterinya berada dalam keadaan mengaibkan bersama seorang lelaki tidak dikenali di ruang tamu.

“Berikutan itu berlaku pertengkaran antara suami isteri terbabit sebelum kekasih kepada wanita itu turut masuk campur dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan termasuk mahu membunuh kontraktor itu,” katanya. – Metro
Read More

Kebakaran Maahad Darul Quran Rusila ( Sekolah Pondok Tok Guru Haji Hadi Awang )

Kebakaran  Maahad Darul Quran Rusila ( Sekolah Pondok Tok Guru Haji Hadi Awang) | Assalamulaikum, Takziah diucapkan kepada semua... pihak Pengurusan, tenaga pengajar serta pelajar Maahad Darul Quran Rusila diatas kebakaran asrama pelajar lelaki sebentar tadi. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku
Insya'Allah asrama ini akan dibangunkan secepat mungkin | .

Kepada semua dermawan boleh menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat : 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ) atau Bank Islam Malaysia : 13017010080345 (Dana MDQ).
Terima Kasih.
TERKINI dari Rusila mohon doa sahabat.. Kebakaran blok B, C dan D sekarang.... Mohon bantuan dan doa semua....

Innalillah....
TERKINI dari Rusila

Ayah Chik meninjau keadaan kebakaran asrama bersama anggota Polis....Ketua Polis Daerah Marang turut bersimpati dan bersama dengan Ayah Chik meninjau kerosakan akibat kebakaran.
Jom kita sama-sama bantu dalam meringankan beban pelajar-pelajar di MDQ, apa guna duit yang banyak jika duit itu tidak dapat membantu kita apabila kita mati kelak.

Teringat kata Tok Guru, jangan sampai duit kita itu menjadi penyebab bakaran api neraka..Kesempatan ini juga, aku sebagai anak murid Ayah Chik merakamkan ucapan takziah di atas ujian daripada Ilahi kepada semua pelajar, uzur sangat kediaman mereka.

Orang beriman itu apabila di timpa musibah mereka berkata ' “Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.


Sumber: http://shalehudin.blogspot.com



Read More

Mayat Bangun Sebelum Sempat Lakukan Upacara Pembakaran Mayat

Mayat Bangun Semasa Majlis Pengebumian - Guangdong | Sebilangan besar jiran tetangga yang hadir di upacara pengebumian seorang warga emas, Peng Xiuhua semalam terkejut apabila wanita tua itu bangun lalu duduk berbual dengan mereka

Peng, 101, mengejutkan anggota keluarga dan sahabat handainya apabila dia bangun di kediamannya di Lianjiang di sini. Dia bertanya mengapa terdapat ramai orang di rumahnya sebelum diberitahu bahawa dua anak perempuannya menemukan tubuhnya sudah tidak bernyawa sehari sebelum itu.

Dua anak perempuannya yang berusia 70-an itu kemudian memandikan ibu mereka dan meminta pekerja rumah mayat membuat persediaan untuk upacara pengebumian.

Bagaimanapun, upacara pengebumian Peng kemudian dibatalkan kerana wanita tua terbabit kini sudah bangun dan berbual seperti sediakala. “Bukan saja saya dapat menyaksikan bahawa ramai orang yang mengambil berat terhadap diri saya, tetapi saya juga sempat bangun sebelum mereka membawa saya untuk upacara pembakaran mayat,” katanya. – metrouk.com
Read More

Remaja Perempuan Gantung Diri Akibat Dimarahi Guru

Remaja Gantung Diri Akibat Dimarahi Guru - Seorang remaja perempuan ditemui mati tergantung dipercayai membunuh diri dalam bilik tidurnya dipercayai tertekan selepas dimarahi gurunya di Taman Pertama di sini, kelmarin.

Lebih mengharukan apabila ibu mangsa pula hampir membunuh diri dengan mengelar tangan kirinya menggunakan pisau kerana terlalu sedih melihat anak kesayangannya itu tergantung menggunakan selimut.

Bagaimanapun, ibu mangsa yang enggan dikenali sempat menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati keadaannya semakin stabil.

Dalam kejadian pada jam 6 petang, pelajar tingkatan dua, sebuah sekolah di sini ditemui ibunya tidak bernyawa setelah mengurung diri dalam biliknya sebaik pulang dari sekolah.

Salah seorang ahli keluarga mangsa yang hanya dikenali sebagai Logan berkata, remaja itu bertindak demikian kerana sedih dimarahi gurunya di sekolah dan dikatakan mahu mengadu kepada ayahnya yang bertugas sebagai polis di balai berhampiran.

“Mereka tidak mempunyai masalah besar dalam keluarga dan dia sangat rapat dengan abangnya yang berusia 19 tahun. Dia juga tidak memaklumkan apa-apa masalah kepada kami,” katanya di perkarangan Unit Forensik HRPB di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah.

“Kejadian itu juga tidak membabitkan masalah keluarga namun, kita masih meneruskan siasatan susulan berhubung kejadian ini,” katanya. – paapaada.blogspot
Read More

Celaka | Pai Daging Lembu Yang Dihidang Kepada Banduan Muslim Mengandungi DNA Babi

Pai Daging Lembu Yang Dihidang Kepada Banduan Muslim Mengandungi DNA Babi - London : Britain sekali lagi dihimpit dengan skandal melibatkan makanan halal.
 Kali ini ia melibatkan makanan yang dibekalkan kepada banduan beragama Islam apabila pai berintikan daging lembu yang dihidangkan kepada mereka didapati mengandungi DNA babi.

Susulan itu, Kementerian Kehakimannya telah menggantung pembekal daging di penjara dan semua makanan yang tercemar itu telah ditarik balik berkuat kuasa serta merta.

Menterinya, Jeremy Wright menyibatkan skandal makanan halal di penjara sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan siasatan akan dijalankan.

“Kita mempertimbangkan dengan pihak berkuasa tempatan sama ada tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah kementerian itu, Juliet Lyon berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan melibatkan diet dalam makanan sebaliknya membabitkan undang-undang Islam.

“Terdapat peraturan yang jelas bahawa penjara dan hospital perlu mempunyai menu makanan halal dalam hidangan hariannya.

“Keadaan ini telah menghina banduan Muslim dan kami memohon maaf kepada mereka dan keluarga mereka. Tindakan menggantung pembekal serta menjalankan siasatan segera dalam kes ini merupakan langkah yang tepat yang telah diambil oleh kementerian,” katanya.

Daging lembu itu dibekalkan oleh pembekal makanan yang mempunyai sijil halal.
Skandal terbaru ini meletus selepas umat Islam di Britain dikejutkan dengan penemuan DNA babi dalam burger daging lembu yang dijual kepada orang ramai. – MyNewsHub
Read More

Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Orang ramai dilihat memasuki stadium sejak jam 6.00 petang lagi sebelum mereka bersolat Maghrib buat julung kalinya di dalam stadium tersebut. Inilah sejarah dan kali pertama berlaku sejak 50 tahun lalu, umat Islam berjaya sujud kepada Allah di salam stadium berkenaan sebenarnya. 



 Sumber: http://bloglistpolitik.blogspot.com

P/S: Fenoma UAI begitu luar biasa, walaupun berbagai cara untuk menjatuhkan beliau seperti diwujudkan Page-page di FB untuk memburukkan  beliau tetapi sambutan masyarakat begitu luar biasa sekali. Tahniah kepada orang Pahang, Kerajaan Negeri Terengganu bila lagi hendak bagi UIA ke Stadium bola sepak Nasharuddin Shah..hehe

Satu lagi sebelum  terlupa aku inginkan ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Stadium kerana begitu sporting memberikan laluan kuliyah agama di lakukan di Stadium dan mengenepikan fahaman dan memberi hak dalam semua lapisan masyarakat dalam negara yang mengamalkan demokrasi..
Pemain-pemain Pahang FA bersama Ustaz Azhar Idrus . Nampak sama tapi memang dia hehe

Sumber dari Faizol Hussain (pemain tengah Pahang FA) 
Semoga Bola Sepak Pahang terus berjaya, berkat daripada kuliyah ..hehe


Read More

Pemandu Zahida Rafik Di Panggil SPRM Beri Keterangan

Pemandu Zahida Rafik Beri Keterangan SPRM - PUTRAJAYA : Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik iaitu Noor Azman Azemi, pada Jumaat hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi sejumlah besar wang kepada artis itu.
 Peguam Noor Azman, Latheefa Koya yang juga Pengerusi Biro Undang-undang PKR, berkata anak guamnya memberi keterangan selama sejam berhubung kes yang disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu. 

“Noor Azman telah memberikan kerjasama dengan memberikan segala butiran yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas itu.

Latheefa berkata mereka juga berpuas hati dengan layanan SPRM pada Jumaat.
Tahun lalu, Zahida dilapor pernah membuat laporan polis terhadap Noor Azman, 39, yang didakwa melarikan RM200,000 wang syarikatnya, manakala Noor Azman turut membuat laporan polis mendakwa Mohd Shafie mempunyai hubungan dengan Zahida dan menyerahkan sejumlah besar wang kepada artis itu. – BERNAMA
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.