Seorang Penganggur Yang Tergamak Menyepak, Menumbuk Kepala Serta Mengugut Hendak Menikam Ibu Kandungnya

'Si Tanggang' sepak ibu dijel 24 bulan |

MUHAMAD HAFIZ dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam |



KOTA BHARU - Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang penganggur yang tergamak menyepak, menumbuk kepala serta mengugut hendak menikam ibu kandungnya berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor memerintahkan Mohd. Syaridan Awang Ahmad, 27, menjalani hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting selepas ibunya, Che Saniyah Che Soh, 56, enggan memberinya wang.


Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh Badang di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 13 Januari lalu.


Sumber: Kosmo 
Read More

Ustaz Azhar Idrus Di Singapura Mendapat Sambutan Terhebat Jom Saksikan [ 7 gambar ]

Ustaz Azhar Idrus Di Singapura Mendapat Sambutan Terhebat Jom Saksikan   [ 7 gambar ] | 

Sambutan Hebat Rakyat Singapura kepada Ustaz Azhar Idrus |  Menurut sumber kehadiran Ustaz Azhar menghadirkan pengunjung teramai setakat ini di Masjid Sultan nah nie antara gambar yang di ambil semasa kuliyah berlangsung. 





Semoga Allah memberi kesihatan kepada Ustaz Azhar untuk terus berdakwah dalam mengembangkan lagi sinar Islam dan menarik golongan muda yang dahaga kan Ilmu, jangan pedulikan orang yang memcerca kerana itu sunnah orang berjuang.

Sumber:http://kachipemas.blogspot.com

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.